BANTUANFASA 3

Bayaran Fasa Ketiga Dikreditkan Pada Bulan Ini

Bayaran fasa ketiga bantuan tunai BMT dikreditkan pada bulan ini secara terus ke dalam akaun penerima yang layak. Untuk sedia maklum, inisiatif bantuan musim tengkujuh telah dilancarkan oleh kerajaan pada suku pertama tahun ini untuk seluruh rakyat Malaysia yang berkelayakan.

BAYARAN FASA KETIGA BERJUMLAH RM200

Perlaksanaan bantuan BMT pada tahun ini diberikan dengan jumlah keseluruhan sebanyak RM800. Bayaran diberikan secara 3 fasa iaitu Januari RM300, Februari RM300 dan terakhir fasa ketiga RM200.

BMT adalah salah satu inisiatif yang disediakan oleh kerajaan melalui agensi RISDA bagi membantu golongan yang berkelayakan dan memerlukan pada tahun ini. Insetif khas ini bagi meringankan beban penerima yang terjejas ketika musim tengkujuh.

JADUAL BAYARAN BANTUAN

Berikut telah disediakan jadual lengkap bayaran kewangan khas BMT mengikut fasa seperti dibawah :

  • Fasa 1 : RM300 (Januari)
  • Fasa 2 : RM300 (Februari)
  • Fasa 3 : RM200 (Mac)

Nota : Kadar bayaran BMT tahun ini telah dinaikkan berjumlah RM800 berbanding RM600 tahun sebelum ini. Pembayaran bantuan khas ini dilaksanakan secara Electronic Fund Transfer (EFT) ke akaun bank pemohon yang layak yang telah didaftarkan semasa permohonan dibuat.

SEMAKAN STATUS PERMOHONAN

Untuk semakan status permohonan, terdapat 2 kaedah yang boleh dilakukan untuk membuat semakan. Yang pertama layari portal rasmi BMT RISDA – DI SINI atau hadir terus ke pejabat RISDA dimana permohonan dilakukan.

KELAYAKAN BMT

Dibawah telah disediakan syarat kelayakan bagi bantuan musim tengkujuh 2023 seperti berikut :

  • Warganegara Malaysia
  • Merupakan golongan peneroka tanaman getah
  • Golongan yang terjejas tiada hasil kerana isu buruh atau serangan pokok getah
  • Peneroka yang menghantar hasil ke pusat pengumpulan getah FELDA
  • Individu yang tedang menjalani dalam tempoh tanaman semula bersama FELDA.

Pemberian bantuan BMT ini diberikan kepada seluruh rakyat Malaysia yang terdiri daripada golongan peneroka yang terjejas. Jika berkelayakan, anda boleh membuat semakan dan sekiranya mempunyai sebarang pertanyaan berkenaan bantuan musim tengkujuh ini, sila hubungi talian khas RISDA di 03-4256 4022.

INFORMASI TAMBAHAN

Kepada mereka yang terlepas pandang, pada tahun ini pihak kerajaan telah memperkenalkan pelbagai jenis bantuan berbentuk tunai yang disediakan untuk rakyat yang memerlukan. Sila semak senarai bantuan yang ada dan berkelayakan untuk dimohon – SEMAK DISINI untuk maklumat penuh.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button