Am PersekutuanBANTUANJKM

Bantuan Tunai RM350 Sebulan Untuk B40

Bantuan tunai RM350 sebulan adalah merupakan insiatif skim bantuan kebajikan yang boleh dimohon oleh mereka yang memerlukan pada tahun ini. Untuk makluman, bantuan AM persekutuan ini disediakan oleh pihak kerajaan melalui agensi Jabatan Kebajikan Masyakat (JKM).

BANTUAN TUNAI RM350

Dalam skim bantuan kebajikan terdapat 9 jenis insentif berbentuk bantuan kewangan yang dikenalikan sepenuhnya oleh JKM. Salah satunya adalah bantuan AM persekutuan (BAP) dimana kadar bayaran bantuan disediakan bernilai RM100 hingga RM350 sebulan bergantung kelayakan permohonan.

Bantuan AM persekutuan adalah merupakan sebuah inisiatif bantuan kerajaan yang diberikan kepada rakyat yang memerlukan terutama golongan isi rumah b40 dan miskin tegar. Berkenaan bantuan kewangan kendalian JKM ini ramai yang tidak tahu kerana jarang dihebahkan, dibawah telah disediakan maklumat ringkas berkenaan bantuan tunai RM350 ini.

SYARAT KELAYAKAN BANTUAN

Terdapat beberapa syarat kelayakan bantuan tunai RM350 ini yang telah ditetapkan seperti berikut :

  • Pemohon merupakan warganegara Malaysia
  • Golongan yang kurang bernasib baik dan memerlukan dan keluarga miskin yang tidak diliputi di mana-mana bawah jenis bantuan lain
  • Kepada yang memerlukan, permohonan layak dipertimbangkan.

KADAR BANTUAN 

Perlaksanaan bantuan khas ini diberikan kepada keluarga yang berkelayakan untuk membantu menampung kos sara hidup. Kadar bayaran bantuan sebanyak minimum RM100 sehingga maksimum RM350 bergantung kelayakan satu isi rumah.

CARA PERMOHONAN

Kepada mereka yang menepati syarat kelayakan, permohonan boleh dilakukan. Sila layari laman rasmi eBantuan JKM – DI SINI

Di laman tersebut anda boleh muat turun borang permohonan dan semakan syarat kelayakan mengikut ketegori jenis bantuan yang disediakan. Untuk memudahkan proses semakan permohonan, sila pastikan anda sediakan dokumen yang diperlukan seperti dibawah :

  • Salinan kad pengenalan (MyKad) pemohon
  • Salinan MyKad ahli keluarga yang tinggal sebumbung
  • Salinan slip gaji atau surat akuan pendapatan bagi bekerja sendiri
  • Salinan kad OKU atau slip pendaftaran sementara OKU bagi kategori OKU
  • Sediakan salah satu bil utiliti.

Nota : Kepada pemohon yang layak, anda akan menerima insentif bantuan ini secara setiap bulan. Untuk semakan penuh berkenaan bantuan AM sila layari portal rasmi eBantuan JKM diatas.

MAKLUMAT LANJUT

Pada tahun 2023, selain daripada bantuan tunai RM350 ini terdapat lebih banyak inisiatif yang telah disediakan oleh kerajaan bagi membantu rakyat yang memerlukan. Sila semak senarai bantuan yang ada dan berkelayakan untuk dimohon – SEMAK DISINI untuk rujukan umum.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button