BANTUANBarang DapurBINGKAS

Bantuan Barang Keperluan Dapur RM300 Setiap Bulan

Bantuan keperluan barang dapur adalah merupakan inisiatif yang telah diperkenalkan oleh kerajaan negeri yang dikenali sebagai BINGKAS. Untuk sedia maklum insentif khas disediakan bagi mereka yang memerlukan pada tahun ini.

BANTUAN KEHIDUPAN SEJAHTERA 2023

Program khas bantuan barang keperluan dapur (BINGKAS) telah dilaksanakan pada tahun sebelum ini. Atas faktor keprihatinan kerajaan negeri dan masih relevan, bantuan khas ini diteruskan pada tahun 2023 bagi tujuan meringankan beban kos pembelanjaan harian.

Menerusi kenyataan Menteri Besar negeri Selangor iaitu Y.A.B Dato’ Seri Amirudin bin Shari telah mengumumkan bahawa program bantuan BINGKAS ini akan diteruskan pada tahun 2023. Tambahan program khas ini dapat memberikan manfaat kepada lebih ramai keluarga yang kurang bernasib baik dari segi kewangan.

Insentif ini juga menambahbaik program kasih ibu smart selangor (KISS dan KISS IT) kerana bukan golongan para ibu sahaja malah seluruh keluarga turut mendapatkan manfaat bantuan ini. Dianggarkan kira-kira 30,000 isi rumah akan mendapat bantuan khas ini.

KADAR BANTUAN

Untuk makluman, kepada pemohon yang layak akan menerima insentif khas ini sebanyak RM300 setiap bulan pada tahun ini. Bayaran bantuan akan automatik dikreditkan ke dalam ewallet penerima setiap bulan.

Bantuan tersebut boleh digunakan untuk pembelian barang dapur dan keperluan asas di mana-mana pasaraya berdaftar seluruh Malaysia.

SYARAT KELAYAKAN PERMOHONAN

Berikut telah disediakan syarat-syarat kelayakan bantuan barang keperluan dapur (BINGKAS) yang telah ditetapkan seperti dibawah :

  • Terbuka untuk Warganegara Malaysia sahaja
  • Isi rumah mempunyai tanggungan anak berumur 18 tahun dan kebawah
  • Memperolehi pendapatan bulanan isi rumah dibawah RM3,000
  • Pemohon lahir di negeri Selangor atau menetap di Selangor melebihi had kelayakan iaitu 10 tahun
  • Merupakan pemilih berdaftar di Selangor.

CARA MOHON

Jika anda menepati syarat kelayakan, permohonan boleh dibuat secara atas talian. Sila layari portal rasmi BINGKAS – DI SINI

Sebelum akan mohon, anda boleh semak syarat pendaftaran kemudian sila daftar permohonan. Panduan mohon telah disediakan pada portal tersebut, anda hanya perlu ikuti arahan permohonan sehingga selesai. Untuk makluman, bantuan BINGKAS ini diberikan secara bulanan kepada anak kelahiran negeri Selangor atau menetap melebihi 10 tahun di Selangor.

MAKLUMAT LANJUT

Selain daripada bantuan BINGKAS ini, terdapat pelbagai bantuan lain yang telah disediakan oleh kerajaan untuk rakyat yang memerlukan terutama gologan b40 dan miskin tegar. Sekiranya anda terlepas pandang, sila semak insentif yang ada pada tahun 2023 yang layak untuk anda dapatkan – SEMAK DISINI untuk rujukan penuh.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button