BANTUANMyKasihPemberianSARA

MyKasih : Pemberian Bantuan Tambahan Kepada Penerima STR

MyKasih : Pemberian Bantuan Tambahan bernilai sehingga RM1200 telah mula disalurkan berperingkat kepada penerima STR. Untuk makluman umum, inisiatif istimewa ini merupakan sebahagian bantuan dibawah Belanjawan 2024.

PEMBERIAN BANTUAN TAMBAHAN MYKASIH

Kepada mereka yang terlepas pandang, pihak kerajaan telah bersetuju untuk meneruskan pelancaran pemberi insentif tambahan kepada penerima Sumbangan Tunai Rahmah. Bantuan MyKasih SARA atau Sumbangan Asas Rahmah ini diberikan secara kredit ke dalam mykad penerima.

Apa yang menarik adalah pemberian insentif khas ini diperluaskan kepada 700,000 penerima STR yang berkelayakan. Bagi pengetahuan umum, bantuan tambahan SARA ini tidak perlu kemukakan permohonan kerana ianya diberikan secara automatik.

PENAMBAHBAIKAN BANTUAN MYKASIH 2024

Bagi sesi tahun 2023, program bantuan khas ini telah ditambahbaik dengan memperluaskan penerima yang layak merangkumi golongan miskin dan miskin tegar. Berdasarkan tahun lalu, pemberian insentif ini hanya diberikan kepada kategori berstatus miskin tegar.

Jumlah kadar bantuan juga telah dinaikkan kepada RM1,200 berbanding tahun lalu sebanyak RM600 sahaja. Hal ini merupakan sebahagian tidak balas keprihatinan kerajaan bagi menangani masalah kewangan rakyat terutama berada dalam kumpulan terjejas.

TARIKH BAYARAN PEMBERIAN BANTUAN MYKASIH

Untuk pengetahuan, tarikh bayaran bantuan Sumbangan Asas Rahmah (MyKasih SARA) ini telahpun dilaksanakan secara berperingkat bermula 22 Januari 2024. Kategori isi rumah dikreditkan pada kadar RM100 sebulan dan bujang RM50 sebulan, bantuan ini disalurkan setiap bulan sehingga Desember tahun ini.

Dengan adanya insentif tambahan ini, penerima STR yang layak boleh menggunakan amaun yang diberikan ini setiap bulan. Setiap penerima boleh belanjakan amaun tersebut dengan membeli barangan keperluan asas di pasaraya dan kedai runcit.

SEMAKAN STATUS KELAYAKAN BANTUAN MYKASIH 2024

Jika anda merupakan penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) pada tahun ini, semakan status kelayakan sama ada layak atau tidak menerima insentif khas ini boleh dilakukan. Untuk semak status, sila layari laman portal rasmi bantuan – MyKasih SARA (2024)

MAKLUMAT LANJUT

Terdapat lebih banyak jenis kemudahan serta inisiatif khususnya berbentuk bantuan kewangan yang telah disediakan oleh kerajaan perpaduan bagi meringankan beban rakyat. Sila lihat senarai insentif bantuan yang ada pada tahun 2024 dan layak untuk memohon – SEMAK DISINI sebagai rujukan lengkap maklumat.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button