AidilfitriBANTUANBKKA

Bayaran Bantuan BKKA Diawalkan Mulai 14 April

Bayaran bantuan BKKA telah diawalkan mulai 14 April ini, kenyataan tersebut telah diumumkan oleh pihak kerajaan baru-baru ini. Untuk makluman, pada pembentangan Belanjawan 2023 Februari lalu Perdana Menteri telah mengumumkan bahawa bantuan kewangan khas aidilfitri (BKKA) akan dibayar pada bulan April.

BAYARAN BANTUAN BKKA SEBELUM RAYA

Untuk sedia maklum, pada hari ini Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam iaitu Datuk Dr Zulkapli Mohamed telah menyatakan melalui surat rasmi. Dalam isi kandungan tersebut dimaklumkan bahawa kerajaan bersetuju untuk mempercepatkan bayaran bantuan BKKA mulai 14 April berbading kenyataan sebelum ini 17 April.

Atas dasar keprihatinan kerajaan tarikh bayaran bantuan khas kewangan aidilfitri telah diawalkan bagi membantu rakyat membuat persiapan menjelang hari raya tidak lama lagi. Ini bermaksud bayaran inisiatif bantuan khas ini akan mula dikreditkan pada hari jumaat ini.

SENARAI PENERIMA BKKA

Untuk makluman kepada yang terlepas pandang, penberian (bonus) bantuan khas aidilfitri ini akan diberikan kepada seluruh rakyat Malaysia yang terdiri daripada golongan penjawat awam gred 56 dan ke bawah. Serta pesara kerajaan turut akan menerima insentif sempena hari raya aidilfitri tahun ini.

KADAR BAYARAN BKKA

Kadar bayaran bantuan khas kewangan aidilfitri (BKKA) telah dimaklumakan. Pembayaran akan dikreditkan mulai 14 April ini dan kadar bayaran adalah seperti berikut :

  • Golongan penjawat awam gred 56 ke bawah : RM700 seorang
  • Pesara kerajaan : RM350 seorang

Nota : Pengagihan pemberian bantuan kewangan aidilfitri ini akan diberikan secara berperingkat secara kredit terus ke dalam akaun penerima.

Selain daripada golongan penjawat awam, bantuan aidilfitri ini juga diberikan kepada golongan pesawah, nelayan dan penoreh getah. Kadar diberikan adalah sebanyak RM200, kenyataan tersebut telah diumumkan dalam sidangĀ BELANJAWAN 2023

MAKLUMAT LANJUT

Pada tahun ini terdapat pelbagai jenis inisiatif berbentuk bantuan tunai yang telah disediakan oleh kerajaan persekutuan dan negeri. Inisiatif ini dilancarkan bagi membantu meringankan beban rakyat yang memerlukan. Kepada mereka yang terlepas pandan, sila semak senarai bantuan yang ada pada tahun ini dan berkelayakan untuk dimohon – SEMAK DISINI untuk rujukan penuh.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button