BANTUANBINGKAS

Bantuan Ewallet BINGKAS RM300 Setiap Bulan

Bantuan ewallet BINGKAS adalah merupakan inisiatif yang disediakan oleh pihak kerajaan negeri bagi membantu rakyat yang memerlukan pada tahun ini. Pada tahun 2023 terdapat pelbagai jenis bantuan telah dilancarkan oleh kerajaan bagi membantu golongan yang kurang bernasib baik.

BANTUAN KHAS BINGKAS

Untuk sedia maklum, program Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor atau lebih dikenali sebagai BINGKAS. Program ini adalah merupakan insentif yang disediakan oleh kerajaan negeri Selangor pada tahun ini.

Pihak kerajaan negeri Selangor telah mengumumkan bahawa program bantuan BINGKAS ini akan terus dilaksanakan pada tahun 2023. Pemberian bantuan ini akan melibatkan peruntukan tahunan sebanyak RM108 juta untuk disalurkan kepada kira-kira 30 ribu keluarga yang berkelayakan mendapatkannya.

Kepada pemohon yang layak anda menerima bayaran bantuan secara bulanan sebanyak RM300. Bantuan ini akan dikredit terus secara ewallet ke dalam akaun penerima yang layak dan bantuan ini boleh digunakan untuk pembelian barangan keperluan harian.

KADAR BANTUAN

Melalui program bantuan BINGKAS ini, pemohon yang layak akan terima bayaran secara bulanan sebanyak RM300 untuk setiap keluarga. Bantuan akan diberikan secara automatik setiap bulan untuk tujuan pembelian barang asas harian di mana-mana pasaraya dan kedai runcit yang berdaftar.

Pembelian secara tanpa tunai (cashless) di mana-mana pasaraya dan jumlah edompet akan ditambah ke paras RM300 setiap bulan untuk penerima bantuan ini.

SYARAT KELAYAKAN

Berikut telah disediakan syarat kelayakan yang telah ditetapkan bagi program bantuan ewallet BINGKAS ini seperti dibawah :

  • Bantuan ini hanya untuk Warganegara Malaysia sahaja
  • Keluarga yang mempunyai tangungan berumur 18 tahun dan kebawah
  • Pendapatan isi rumah bulanan RM3,000 dan kebawah
  • Lahir di negeri selangor atau menetap melebihi 10 tahun (untuk bukan anak kelahiran selangor)
  • Merupakan pemilih berdaftar di negeri Selangor.

PANDUAN MOHON

Sekiranya anda berkelayakan dan ingin mendapatkan bantuan khas ini, permohonan boleh dibuat secara atas talian. Sila layari laman rasmi BINGKAS – DI SINI

Untuk memudahkan proses semakan permohonan, anda perlu sediakan dokumen sokongan penting seperti salinan kad pengenalan pemohon, anak dan ahli keluarga yang tinggal bersama. Salinan penyata gaji jika ada dan dokumen sokongan yang berkaitan.

MAKLUMAT LANJUT

Selain daripada bantuan BINGKAS ini, terdapat lebih banyak bantuan yang telah disediakan pada tahun ini oleh kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri seluruh Malaysia.

Jika anda terlepas pandang, sila semak senarai bantuan yang ada pada tahun ini yang berkelayakan untuk anda dapatkan – SEMAK DISINI untuk rujukan umum.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button