Rasmi : Bantuan E-Dompet RM300 sebulan ini ditawarkan kepada kumpulan B40 yang memerlukan pada tahun ini. Inisiatif khas ini masih dilaksanakan pada tahun ini bagi meringankan beban mereka yang kurang berkemampuan.
RASMI : BANTUAN E-DOMPET RM300 SEBULAN
Untuk makluman, pihak kerajaan negeri telah memperkenalkan sebuah inisiatif berbentuk bantuan e-dompet. Program dikenali sebagai bantuan Kehidupan Sejahtera atau BINGKAS ini adalah merupakan insentif yang diberikan secara setiap bulan.
Bantuan khas ini diberikan dalam bentuk kredit e-dompet, dimana mereka yang layak boleh menggunakan dengan cara membeli barangan keperluan asas. Pembelian boleh dibuat di pasaraya dan kedai runcit yang berdaftar.
KADAR BANTUAN E-DOMPET (KEHIDUPAN SEJAHTERA)
Kepada pemohon yang layak, mereka akan mendapat bantuan BINGKAS ini pada kadar RM300 sebulan bersamaan RM3,600 setahun. Dengan adanya insentif tambahan seperti ini dapat meringankan beban kewangan terutama golongan sasar iaitu B40 dan miskin.
SYARAT KELAYAKAN BANTUAN E-DOMPET RM300
Beberapa syarat-syarat kelayakan yang telah ditetapkan bagi memohon bantuan khas Bingkas ini seperti berikut :
- Warganegara Malaysia
- Pendapatan isi rumah bulanan dibawah RM3,000 (Kumpulan B40)
- Keluarga yang mempunyai tanggungan berusia 18 tahun dan ke bawah
- Pemilih berdaftar
- Lahir di negeri Selangor atau telah menetap di Selangor melebihi 10 tahun
LANGKAH CARA PERMOHONAN BANTUAN
Kepada mereka yang memerlukan dan menepati syarat kelayakan, permohonan boleh dikemukakan secara dalam talian. Panduan lengkap langkah permohonan telah disediakan, sila layari laman web rasmi Bingkas – DI SINI
Untuk memudahkan urusan semakan borang permohonan, individu perlu sertakan dokumen-dokumen penting seperti :
- Salinan kad pengenalan diri (Pemohon dan Pasangan) jika ada
- Salinan penyata gaji (Penjawat awam)
- Salinan penyata EA atau KWSP (Pekerja swasta)
- Salinan kad pengenalan/ mykid atau surat lahir anak atau tanggungan
- Salinan sijil penceraian/ kematian/ laporan polis bagi ibu atau bapa tunggal
- Surat pengesahan dari wakil ketua komuniti (Bekerja sendiri atau tidak bekerja)
MAKLUMAT LANJUT
Selain Bingkas, terdapat lebih banyak kemudahan serta inisiatif berbentuk bantuan kewangan telah disediakan oleh kerajaan untuk meringankan beban rakyat. Sila lihat senarai insentif yang ada dan layak untuk didapatkan – SEMAK DISINI untuk rujukan maklumat lengkap.