PPRRUMAH

Program Rumah PPR 2024 : Permohonan Dibuka Kepada Rakyat

Program Rumah PPR 2024 : Permohonan kini dibuka kepada rakyat Malaysia yang berkelayakan dan memerlukan bagi sesi tahun ini. Untuk makluman, inisiatif khas ini adalah merupakan sebahagian program yang masih dilaksanakan pada tahun 2024.

PROGRAM RUMAH PPR TAHUN 2024

Tahukah kalian, program perumahan rakyat atau lebih dikenali sebagai PPR ini merupakan inisiatif kerajaan bagi penempatan semula setinggan dan memenuhi keperluan kediaman. Skim PPR ini lebih memfokuskan kepada golongan rakyat berpendapatan rendah.

Pihak kerajaan menerusi Jabatan Perumahan Negara dibawah Kementerian perumahan dan kerajaan tempatan (KPKT) akan mengendalikan sepenuhnya program PPR. Projek-projek rumah PPR yang dibangunkan bukan di kawasan bandar sahaja, ianya dinaikkan di seluruh Malaysia.

Untuk pengetahuan umum, program PPR terdapat 2 jenis kategori yang dilancarkan iaitu rumah untuk disewa dan untuk dimiliki. Projek PPR menggunakan spesifikasi perancangan dan reka bentuk perumahan kos rendah yang ditetapkan dalam standard perumahan kebangsaan (CIS2).

SYARAT KELAYAKAN PROGRAM RUMAH PPR

Berikut adalah beberapa kriteria syarat kelayakan asas yang telah ditetapkan seperti dibawah :

  • Pemohon serta pasangan berstatus Warganegara Malaysia
  • Pendapatan bulanan isi rumah tidak melebihi RM3000
  • Pemohon berumur 18 tahun dan keatas
  • Belum pernah memiliki rumah sendiri
  • Mematuhi syarat-syarat tambahan yang ditetapkan oleh pihak kerajaan negeri.

CIRI-CIRI PROJEK RUMAH PPR

Kepada mereka yang ingin memohon PPR untuk disewa, kadar bayaran bulanan adalah serendah RM124 sebulan. Dibawah adalah ciri-ciri projek rumah PPR :

  • Rumah jenis bertingkat (5 – 18 tingkat) : Kawasan bandar-bandar besar
  • Rumah jenis teres : Kawasan pinggir bandar
  • Keluasan ruangan rumah : Tidak kurang daripada 700 kaki persegi (Bergantung kawasan)
  • Mempunyai 3 bilik, 1 ruang tamu, 1 ruang dapur dan 2 bilik air)

PANDUAN DAFTAR PROGRAM RUMAH PPR

Kepada mereka yang berkelayakan, permohonan bagi memiliki rumah melalui Program Perumahan Rakyat boleh dilakukan pada tahun ini. Panduan lengkap telah disediakan, sila layari portal rasmi program – PPR (KPKT)

MAKLUMAT LANJUT

Terdapat lebih banyak jenis kemudahan serta insentif berbentuk bantuan telah disediakan oleh kerajaan perpaduan bagi meringankan beban rakyat yang terjejas. Sila lihat senarai bantuan yang ada pada tahun ini dan layak untuk didapatkan – SEMAK DISINI untuk info lengkap maklumat.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button