BANTUANRUMAH

Program Rumah PR1MA Mampu Milik Untuk Keluarga Malaysia

Untuk makluman umum, pihak Kerajaan telah memperkenalkan sebuat program perumahan rakyat 1 Malaysia atau lebih dikenali sebagai PR1MA 2022. Melalui program perumahan ini menyediakan rumah dengan harga mampu milik sekaligus dapat meningkatkan kualiti yang tinggi untuk diberikan kepada golongan yang berpendapatan rendah dan sederhana pada tahun ini.

Tujuan utama program perumahan PR1MA ini diperkenalkan adalh bagi untuk membangunkan kediaman yang selesa, moden dan berkualiti tinggi dengan harga yang mampu milik. Di halaman ini telah disediakan butiran maklumat berkenaan panduan permohonan PR1MA tahun 2022.

Syarat Kelayakan PR1MA

Di bawah telah disediakan syarat kelayakan yang telah ditetapkan untuk memohon rumah PR1MA seperti berikut :

  • Pemohon wajib berstatus warganegara Malaysia yang sah
  • Pemohon harus berumur 21 tahun dan keatas semasa permohonan
  • Pemohon atau berpasangan yang mempunyai pendapatan semasa bulanan antara RM 2,000 sehingga RM 15,000 sebulan
  • Pemohon atau pasangan tdak mempunyai lebih dari 1 kediaman sendiri

Panduan Langkah Permohonan PR1MA

  1. Pendaftaran

Pemohon perlu layari laman rasmi PR1MA – DI SINI , sila pastikan anda lengkapkan pendaftaran dan anda akan terima nombor rujukan PR1MA. Nomber rujukan tersebut anda perlu simpan untuk tujuan semakan atau rujukan pada masa akan datang.

2. Pelancaran Pembangunan Baru

Pemohon akan diberikan makluman bagi perlaksanaan pembangunan PR1MA yang baru serta lokasi kediaman pilihan.

3. Permohonan

Jika berjaya membuat pendaftaran dan log masuk, anda perlu teruskan permohonan di aplikasi PR1MA Homes kerana kemasukan untuk mengundi tidak secara automatik.

4. Undian

Proses untuk ini secara terbuka yang akan dilakukan oleh pemohon yang menepati syarat kelayakan seperti yang telah ditetapkan.

5. Pemilihan Unit Rumah

Kepada yang layak, anda akan dijemput untuk sesi pemilihan unit yang tersedia, sila pastikan anda menyediakan wang sebanyak RM 500 dalam bentuk draf bank untuk yuran tempahan.

Nota : Sekiranya anda ingin mengetahui lebih terperinci berkenaan program rumah mampu milik PR1MA ini, anda boleh terus ke Portal Rasmi PR1MA untuk rujukan – DI SINI

Maklumat Lanjut

Jika anda terlepas pandang, pada tahun ini terdapat pelbagai inisiatif telah diperkenalkan oleh pihak kerajaan bagi membantu keluarga Malaysia yang memerlukan. Sekiranya anda terlepas pandang dan ingin semak senarai inisiatif yang ada pada tahun 2022 khususnya bantuan berbentuk kewangan yang berkelayakan untuk anda mohon, sila ke Laman Utama yang telah disediakan – KLIK DI SINI

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button