BANTUANBKMBKM TambahanTarikh Pembayaran

Siapa Yang Layak Menerima BKM Tunai Tambahan RM 500? Semak Disini

Program Inisiatif  Bantuan Keluarga Malaysia atau lebih dikenali sebagai BKM 2022 adalah merupakan salah satu bantuan berbentuk kewangan yang sudah diperkenalkan dan diberikan oleh Kerajaan yang melibatkan dana bantuan terbesar dari kerajaan lebih mensasarkan kepada keluarga Malaysia golongan B40 yang memerlukan bagi membantu meringankan perbelanjaan pada tahun 2022.

Untuk sedia maklum melalui program bantuan BKM , kerajaan telah bersetuju memberikan bantuan tambahan sebanyak RM 500 kepada penerima yang layak. Di halaman bawah telah disediakan maklumat penuh berkenaan bantuan tambahan BKM 500 dan tarikh bayaran BKM Fasa 3.

Kadar Bantuan BKM 2022

  • Jumlah Bantuan Keluarga Malaysia maksimum sebanyak RM 2,500
  • Jumlah bayaran tambahan BKM rm 500
  • Penambahan bayaran tambahan RM 50 dan RM 100 semasa di Fasa 2.

Bantuan Tambahan Tunai BKM 2022

Kepada yang terlepas pandang, terdapat bayaran tambahan BKM sebanyak RM 500. Sekiranya anda penerima BKM, anda boleh semak status untuk ketahui jika anda layak menerima bayaran tambahan bkm bagi tahun 2022.

Kategori Kelayakan Bantuan Tambahan

  • Merupakan penerima BKM kategori isi rumah yang berstatus warga emas
  • Merupakan penerima BKM kategori isi rumah yang berstatus ibu atau bapa tunggal yang mempunyai tanggungan anak dan menepati syarat yang ditetapkan.

Panduan Semakan Status Kelayakan BKM Tambahan

  • Langkah pertama, anda perlu layari portal rasmi Bantuan Keluarga Malaysia –KLIK DI SINI
  • Kemudian, sila log masuk akaun anda
  • Kemudian tekan pada semakan status untuk semak status permohonan anda
  • Status permohonan dan jumlah bayaran yang diterima diluluskan akan dipaparkan di skrin anda
  • Jumlah bayaran tambahan tunai BKM RM 500 akan tertera sekiranya layak
  • Sekiranya tiada paparan bayaran tambahan RM 500 bermaksud anda tidak layak menerima insentif tambahan tersebut.

Sebagai contoh, kepada penerima yang layak bantuan tambahan akan menerima julah keseluruhan sebanyak RM 2,500. Ramai yang tidak pasti mereka adalah penerima bantuan tambahan ini. Anda disyorkan membuat semakan status anda.

Jadual Bayaran BKM Fasa 3

Untuk sedia maklum, pengagihan pembayaran BKM untuk Fasa ke 3 akan bermula pada hari selasa bersamaan 20 September 2022 secara berperingkat ke akaun masing-masing dan dijangka akan selesai pada 29 September 2022.

Maklumat Lanjut

Selain dari bantuan keluarga Malaysia (BKM) 2022, terdapat lebih banyak lagi bantuan telah diperkenalkan oleh kerajaan pada tahun 2022. Jika anda terlepas pandang dan ingin semak senarai bantuan yang ada pada tahun ini khususnya bantuan berbentuk kewangan yang berkelayakan untuk anda mohon, sila ke Laman Utama yang telah disediakan – TEKAN DI SINI

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Check Also
Close
Back to top button