BANTUANFASA 3STR

Bayaran Bantuan Tunai RM1100 Dikreditkan Untuk Kategori Ini

Bayaran bantuan tunai RM1100 telah mula dikreditkan untuk kategori isi rumah bagi pendaftaran baru yang lulus pada bulan Mac lalu. Untuk pengetahuan umum, pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah fasa ketiga sedang dibayar secara berperingkat.

SUMBANGAN TUNAI RAHMAH 2023

Pihak kerajaan telah memperkenalkan pelbagai inisiatif khususnya berbentuk bantuan kewangan pada sidang Belanjawan 2023. Salah satu program bantuan yang dilaksanakan pada tahun ini adalah Program Sumbangan Tunai Rahmah atau lebih dikenali sebagai STR.

Bantuan STR pada tahun ini akan dibayar secara berperingkat melalui 4 fasa dimana melibatkan 2 kategori utama iaitu bujang, warga emas dan isi rumah. Jadual bayaran mengikut fasa adalah pada bulan Januari, April, Jun dan November 2023.

BAYARAN STR FASA KETIGA

Untuk sedia maklum, bermula 26 Jun, pengkreditan dan tebus tunai di BSN telah dilancarkan bagi STR fasa 3. Pada fasa kali ini akan melibatkan penerima sedia ada dan penerima baru bagi pendaftaran permohonan yang lulus pada bulan Mac lalu.

Bagi penerima sedia ada, kadar bayaran batuan tunai STR fasa 3 diberikan dari RM150 sehingga RM800. Manakala penerima baru bermula dari RM150 sehingga RM1300, jumlah insentif bergantung kategori kelayakan.

KATEGORI PENERIMA BAYARAN BANTUAN TUNAI RM1100

Ramai yang keliru berkenaan kadar bayaran yang diberikan pada fasa kali ini. Kategori penerima bayaran bantuan tunai RM1100 adalah untuk isi rumah pendapatan RM2,500 dan mempunyai tanggungan anak seramai 3-4 orang.

SEMAKAN STATUS BAYARAN BANTUAN TUNAI

Untuk mereka yang layak, dan masih belum menerima bayaran diharapkan anda bersabar kerana pembayaran dijalankan secara berperingkat. Untuk semak status bayaran bantuan tunai STR anda, sila layari portal rasmi MySTR – DI SINI

Nota : Kepada mereka yang telah menyemak dan mendapati berstatus ‘Tidak Lulus’, kini permohonan rayuan STR telah dibuka. Kepada mereka yang terlibat boleh membuat kemaskini maklumat sebelum tarikh tutup pada 31 Julai 2023.

MAKLUMAT LANJUT

Selain bayaran batuan tunai RM1100 (STR), terdapat lebih banyak inisiatif bantuan kewangan dan kemudahan yang ditawarkan kerajaan pada tahun ini. Sila lihat senarai insentif yang ada dan berkelayakan untuk anda dapatkan – SEMAK DISINI untuk rujukan umum.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button