BANTUANBKMFASA 3Kerajaan

Semakan Jadual & Tarikh Bayaran BKM Fasa Ke 3 ~ September 2022

Untuk makluman umum, berita baik telah diumumkan bahawa pembayaran Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) fasa 3 akan dilaksanakan secara kredit ke akaun tidak lama lagi. Pembayaran BKM Fasa 3 akan melibatkan semua kategori iaitu Isi Rumah, Bujang dan Warga emas.

Pada halaman kali ini, pihak kami akan kongsikan maklumat berkenaan cara membuat semakan kelayakan bayaran yang akan diterima oleh setiap kategori dan jadual pembayaran BKM fasa ke3 nanti.

Panduan Semakan Status BKM Fasa 3

Di bawah telah disediakan cara untuk anda membuat semakan BKM seperti berikut:

  1. Langkah pertama, sila log masuk akaun di portal rasmi BKM – https://bkm.hasil.gov.my/
  2. Kemudian tekan ‘Semakan Status’
  3. Paparan kelayakan akan ditunjukkan pada skrin anda
  4. Tekan butang maklumat pembayaran untuk lihat status pembayaran anda

Jadual Tarikh Pembayaran BKM 

  • FASA 1 – Pembayaran dikreditkan bermula pada tarikh 28 Mac 2022 secara berperingkat ke semua akaun bank
  • FASA 2 – Pembayaran dikreditkan bermula pada tarikh 27 Jun 2022 secara berperingkat ke semua akaun bank
  • FASA 3 – Pembayaran dikreditkan dijangka bermula pada penghujung bulan September 2022 secara berperingkat ke akaun bank
  • FASA 4 – Pembayaran dikreditkan bermula pada bulan Disember 2022 secara berperingkat ke akaun bank.

Sebarang pertanyaan dan maklumat lebih terperinci berkenaan Bantuan Keluarga Malaysia, anda boleh layari laman rasmi BKM – DI SINI

Maklumat Lanjut

Pada tahun 2022, pihak kerajaan telah menyediakan pelbagai jenis pakej bantuan khususnya berbentuk kewangan bagi rakyat yang memerlukan. Jika anda terlepas pandang dan ingin semak senarai bantuan yang ada pada tahun ini yang berkelayakan untuk anda dapatkan, sila ke Laman Utama yang telah disediakan – KLIK DI SINI

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button