BANTUANSkim MesraYAWAS

Bantuan Skim Mesra 2024 : Baucar Beli Belah Bernilai RM150

Bantuan Skim Mesra 2024 : Mereka yang berkelayakan boleh mendapatkan baucar beli belah bernilai RM150 setiap tahun secara percuma. Untuk makluman umum, inisiatif khas ini merupakan salah satu bantuan yang disediakan pada tahun ini.

BANTUAN SKIM MESRA 2024

Pihak kerajaan negeri telah memperkenalkan sebuah program yang dikenali sebagai bantuan skim mesra yang menawarkan insentif berjumlah RM150 setahun. Pemohon yang layak boleh menggunakan amaun bernilai RM150 tersebut untuk membeli belah.

Dalam program Skim Mesra, terdapat 2 jenis inisiatif yang disediakan iaitu baucar beli belah RM150 dan bantuan khairat kematian berjumlah RM500 one-off. Pemberian baucar beli belah tersebut diberikan secara automatik setiap tahun (seumur hidup) kepada penerima yang layak.

Baucar tersebut boleh digunakan dan dibelanjakan di pasaraya yang berdaftar untuk membeli barangan keperluan asas. Baucar ini perlu digunakan dalam masa tempoh tiga (3) bulan selepas penebusan dibuat sebelum ianya luput.

KELAYAKAN BANTUAN SKIM MESRA 2024

Berikut adalah beberapa kriteria syarat kelayakan asas Skim Mesra YAWAS yang telah ditetapkan bagi mendapatkan manfaat yang ditawarkan ini seperti dibawah :

  • Warganegara Malaysia sahaja
  • Berumur 60 tahun dan ke atas
  • Menetap di negeri Selangor
  • Lahir di Selangor atau Wilayah Persekutuan
  • Bermastautin di Selangor melebihi 15 tahun
  • Masih hidup atau telah meninggal dunia bermula 1 Januari 2021 (Bagi tuntutan bantuan khairat kematian)
  • Beralamatkan negeri Selangor dalam kad pengenalan.

Bagi tuntutan khairat kematian, bantuan RM500 pula tertakluk kepada kematian bermula 1 Januari 2021. Tuntutan tersebut wajib dilakukan oleh waris dalam tempoh 6 bulan dari tarikh kematian ahli yang berdaftar.

Kepada yang terlepas pandang, bantuan khas Skim Mesra ini adalah merupakan gabungan kepada insentif  sebelum ini iaitu SMUE dan SMIS. Dengan adanya program istimewa seperti ini dapat meringankan beban mereka yang memerlukan.

PANDUAN DAFTAR PERMOHONAN SKIM MESRA

Jika anda atau ahli keluarga atau kenalan yang menepati kelayakan dan berkeperluan, permohonan boleh dikemukakan pada tahun ini. Panduan lengkap dan maklumat penuh berkenaan bantuan ini telah disediakan, sila layari laman rasmi –¬†SKIM MESRA

MAKLUMAT LANJUT

Terdapat lebih banyak jenis kemudahan serta insentif berbentuk bantuan kewangan telah disediakan oleh kerajaan perpaduan bagi meringankan beban rakyat yang terjejas. Sila lihat senarai bantuan yang ada pada tahun ini dan layak untuk didapatkan –¬†SEMAK DISINI untuk info lengkap maklumat.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button