BANTUANJKM

Permohonan Bantuan BLP Berjumlah RM200

Permohonan bantuan BLP berjumlah RM200 sebulan dibuka untuk warganegara Malaysia yang berkelayakan pada tahun ini. Untuk makluma bagi meringankan beban rakyat terutama golongan yang memerlukan, pihak kerajaan telah menyediakan pelbagai jenis inisiatif berbentuk bantuan tunai pada tahun ini.

BANTUAN BLP 2023

Pihak kerajaan menerusi agensi Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) telah menyediakan beberapa bantuan untuk golongan yang memerlukan. Salah satu inisiatif yang terdapat dalam skim bantuan kebajikan yang boleh dimohon adalah Bantuan Latihan Perantis (BLP).

Bantuan latihan perantis ini diperkenalkan bagi membantu meringankan beban mereka yang berkelayakan memerlukan. Pemberian insentif ini diberikan secara setiap bulan kepada pemohon yang layak.

KADAR BANTUAN BLP

Kepada pemohon yang layak, kadar bantuan yang akan diterima adalah sebanyak RM200 seorang.

TUJUAN PERLAKSANAAN BLP

Untuk makluman objektif utama perlaksanaan program bantuan BLP ini bagi membantu klien jabatan atau anak-anak penerima bantuan yang memerlukan dan tercicir daripada persekolahan. Serta yang sedang menganggur atau bekas pelatih dan bekas penghuni institusi kebajikan.

Program BLP ini bagi membantu mereka mendapatkan kemahiran latihan atau latihan sambil bekerja sambil menerima insentif sebanyak RM200 sebulan. Kelulusan berdasarkan tempoh latihan dan maksimum selama 24 bulan (2 tahun).

KRITERIA KELAYAKAN BLP

Berikut telah disediakan syarat kelayakan bagi permohonan bantuan BLP sebanyak RM200 sebulan seperti dibawah :

  • Pemohon adalah warganegara Malaysia atau bermastautin
  • Merupakan anak-anak penerima bantuan
  • Bekaas pelatih atau bekas penghuni dari institusi kebajikan
  • Kes-kes seliaan akhlak
  • Bekas pelatih khidmat masyarakat
  • Bagi mana-mana kes yang berkeperluan layak untuk dipertimbangkan dengan kelulusan KPKM.

CARA MOHON BLP

Kepada mereka yang menepati syarat kelayakan, permohonan boleh dilakukan. Sila layari pautan rasmi BLP JKM – DI SINI

Sila semak dengan teliti maklumat dan sediakan dokumen penting seperti salinan kad pengenalan sebelum membuat permohonan bagi memudahkan urusan semakan permohonan. Borang permohonan boleh dimuat turun di laman tersebut.

Nota : Perlaksanaan bantuan BLP ini adalah selaras dengan senarai bersama (Concurrent List) antara pihak kerajaan persekutuan dan negeri. Perkara ini termaktub dalam peruntukan Perlembagaan Persekutuan Malaysia di bawah senarai 3 – jadual kesembilan senarai perundangan.

MAKLUMAT LANJUT

Selain daripada bantuan BLP, terdapat pelbagai inisiatif yang telah diperkenalkan oleh kerajaan persekutuan dan negeri pada tahun ini untuk rakyat yang memerlukan. Sekiranya anda terlepas pandang, sila semak senarai bantuan yang ada dan layak untuk anda mohon – SEMAK DISINI untuk maklumat penuh.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button