BANTUANBTRKerajaan

Bantuan Tunai Rakyat 2023 Dilaksanakan Pada Bulan Januari

Bantuan Tunai Rakyat 2023 adalah merupakan inisiatif baru yang telah diumumkan oleh Perdana Menteri Malaysia iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini. Perkara ini telah dimaklumkan pada sidang mesyuarat pertama, penggal pertama parlimen ke 15 di dewan rakyat bagi membantu golongan memerlukan bantuan kewangan.

BANTUAN KEWANGAN 2023

Untuk sedia maklum, Bantuan Tunai Rakyat 2023 (BTR) adalah inisiatif bebentuk bantuan kewangan tahunan yang disediakan oleh pihak kerajaan bagi membantu kumpulan rakyat yang kurang bernasib baik dalam kewangan dan golongan yang memerlukan.

Untuk makluman bantuan BTR ini sama seperti bantuan tunai sebelum ini seperti BSH, BPR dan BKM. Program insentif ini semua telah dilancarkan oleh kerajaan pada setiap tahun dengan jumlah kadar bantuan yang berbeza.

Bagi bantuan tunai rakyat ini sepatutnya disalurkan pada bulan Mac 2023. Namun disebabkan faktor ekonomi yang tidak stabil dan keadaan banjir di banyak negeri dalam negara, pihak kerajaan bersetuju untuk mempercepatkan pembayaran bantuan BTR. Bantuan khas ini akan diberikan pada bulan Januari 2023 (Fasa 1) kepada yang berkelayakan.

KADAR BANTUAN BTR

Bagi makluman umum, jumlah keseluruhan bantuan tunai rakyat ini belum diumumkan. Namun bagi bayaran fasa 1 BTR telah di war-warkan akan mula disalurkan pada awal bulan Januari 2023. Terdapat 2 kategori yang akan terlibat dalam pembayaran fasa 1 BTR iaitu Bujang RM100 dan Isi keluarga RM300.

Secara tidak langsung, bantuan tunai ini akan memberikan manfaat kepada kira-kira 9 juta penerima  dengan peruntukan berjumlah RM 2 bilion.

PERMOHONAN

Untuk makluman, tiada sebarang maklumat berkenaan cara mohon bantuan tunai ini. Berkemungkinan penerima bantuan terdahulu iaitu BKM akan dimasukan ke dalam sistem data bantuan BTR. Maklumat penuh akan diumumkan pada sidang BAJET 2023 nanti.

Kemungkinan permohonan baru akan dibuka kepada individu yang belum menerima bantuan sebelum ini atau kepada yang gagal lulus bantuan. Segala maklumat terbaru akan dikemaskini dari semas ke semasa bagi semakan rujukan umum.

MAKLUMAT LANJUT

Selain daripada bantuan tunai rakyat ini, terdapat pelbagai jenis bantuan yang telah disediakan oleh pihak kerajaan negeri mahupun persekutuan bagi membantu golongan sasar yang memerlukan. Sila semakan bantuan yang ada dan berkelayakan untuk anda dapatkan di laman utama – SEMAK DISINI untuk rujukan penuh.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button