BANTUANBeliaeWallet

Bantuan Kredit E-Wallet RM200 Ditawarkan Tanpa Mengira Had Umur

Bantuan kredit e-wallet berjumlah RM200 akan ditawarkan kepada belia terutama mahasiswa tanpa mengira had umur pada tahun ini. Baru-baru ini Perdana Menteri telah memaklumkan bahawa bantuan ewallet ini akan diperluaskan kepada golongan mahasiswa tanpa mengira umur.

BANTUAN KREDIT E-WALLET 2023

Untuk makluman, bantuan ewallet pada tahun ini telah dijenama semula kepada kredit e-tunai belia rahmah bagi menggantikan bantuan e-pemula (2022) dan e-belia (2021). Lebih menarik adalah inisiatif khas ini telah dinaikan kadar bantuan sebanyak RM200 berbanding tahun sebelum RM150.

E-TUNAI BELIA RAHMAH

Pada pembentangan Belanjawan 2023, pihak kerajaan telah bersetuju untuk melaksanakan program bantuan etunai belia rahmah. Inisiatif ini akan ditawarkan kepada kira-kira 2 juta rakyat Malaysia yang terdiri daripada kumpulan belia.

Tujuan perlaksanaan bantuan ini selain daripada memberi manfaat kepada golongan mahasiswa, ia juga secara langsung memupuk budaya pembayaran tanpa tunai. Kadar bayaran juga turut dinaikkan berbanding tahun lalu dan tanpa mengira had umur.

KADAR BANTUAN E-TUNAI BELIA RAHMAH

Untuk memupuk budayan pembayaran tanpa tunai, insentif bantuan khas belia rahmah ini akan dilaksanakan pada tahun ini. Kadar bayaran bantuan ewallet yang ditawarkan adalah berjumlah RM200 seorang.

TARIKH PERMOHONAN BANTUAN

Jika berdasarkan bantuan ewallet tahun lalu (epemula), permohonan dibuka pada 11 April 2022 sehingga 1 Jun 2022. Selepas pemohon layak dan berjaya dikreditkan, insentif tersebut perlu dibelanjakan selewat-lewatnya 10 Jun 2022.

Bagi bantuan kredit e-wallet (etunai belia rahmah) RM200 tahun ini hanya butiran maklumat telah diumumkan. Tarikh permohonan masih belum dimaklumkan, dijangkakan permohonan bantuan khas ini akan dibuka pada pertengahan tahun 2023.

Segala maklumat terkini mengenai bantuan ewallet belia ini akan dikemaskini dari semasa ke semasa. Program bantuan khas e-tunai belia rahmah ini telah diumumkan oleh Perdana Menteri pada sidang BELANJAWAN 2023

MAKLUMAT LANJUT

Pada tahun ini, terdapat pelbagai jenis inisiatif telah dilancarkan oleh pihak kerajaan bagi rakyat Malaysia terutama golongan sasar dan B40 yang memerlukan. Bagi yang terlepas pandang, sila semak senarai bantuan yang ada dan berkelayakan untuk anda dapatkan – SEMAK DISINI untuk rujukan penuh.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button