BANTUANIKPP

Bantuan IKPP RM250 Secara One-Off ~ Semak Kelayakan

Bantuan IKPP adalah merupakan inisiatif berbentuk tunai yang diperkenalkan oleh pihak kerajaan negeri. Pelbagai jenis bantuan telah disediakan oleh pihak kerajaan di peringkat persekutuan mahupun negeri bagi membantu rakyat yang berkelayakan memerlukan.

INSENTIF KHAS 

Salah satu bantuan yang masih disediakan adalah Insentif Khas Pasangan Pengantin atau lebih dikenali sebagai IKPP. Bantuan khas ini telah diperkenalkan oleh kerajaan negeri Pahang bagi membantu mereka yang ingin mendirikan rumah tangga.

Di halaman kali ini dikongksikan maklumat berkenaan syarat kelayakan dan panduan permohonan bagi mendapatkan bantuan IKPP ini sekiranya berkelayakan.

KADAR BANTUAN IKPP

Untuk sedia maklum pada bulan Mac 2022, kerajaan negeri Pahang telah bersetuju menaikkan kadar bantuan IKPP dari jumlah sebelum RM200 kepada RM250. Kepada pemohon yang layak akan menerima bayaran bantuan khas ini secara sekali bayar (One-off).

SYARAT KELAYAKAN

Berikut telah disedikan syarat-syarat kelayakan yang telah ditetapkan bagi permohonan bantuan khas ini seperti dibawah :

  • Warganegara Malaysia
  • Insentif khas ini terbuka kepada anak-anak negeri Pahang
  • Pemohon wajib sama ada pihak lelaki atau perempuan yang berstatus kelahiran negeri Pahang
  • Pengatin lelaki mempunyai pendapatan RM5,000 dan kebawah sebulan
  • Untuk perkahwinan di luar negeri Pahang, pengantin lelaki wajib berstatus kelahiran negeri Pahang
  • Perkahwinan harus didaftarkan di negeri Pahang dengan kebenaran Pejabat Agama Islam Daerah anda
  • Individu berstatus janda atau duda salah seorang yang mana kelahiran negeri Pahang dan berkelayakan, perkahwinan kali pertama dengan pasangan lain layak menerima insentif khas ini
  • Untuk kategori pemastautintan melebihi 10 tahun di negeri Pahang, anda perlu mendapatkan bukti pengesahan dari pihak Penghulu atau ADUN kawasan anda.

PANDUAN PERMOHONAN

Sekiranya anda atau mempunyai kenalan yang menepati kelayakan, permohonan bantuan IKPP ini boleh dilakukan. Pemohon perlu sediakan dokumen-dokumen penting seperti berikut :

  • Sediakan dua salinan kad pengenalan pemohon (Muka depan dan belakang kad pengenalan)
  • Sediakan salinan penyata akaun bank pemohon
  • Sediakan satu salinan catatan akad nikah pemohon
  • Permohonan boleh dikemukakan di Pejabat Agama Islam Daerah anda. Permohonan kebenaran atau pendaftaran perkahwinan dilakukan.

Jika anda ingin semak maklumat lengkap berkenaan insentif khas ini dan muat turun borang permohonan, sila layari laman rasmi – MUNAKAHAT PAHANG

INFO LANJUT

Untuk pengetahuan umum, selain daripada insentif IKPP RM250 ini. Terdapat lebih banyak bantuan khususnya berbentuk kewangan yang masih disediakan oleh pihak kerajaan bagi membantu golongan yang memerlukan.

Jika anda terlepas pandang, sila semak senarai bantuan yang ada dan berkelayakan untuk anda dapatkan di laman utama – SEMAK DISINI untuk rujukan umum.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button