BANTUANSTR

Bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 1 Mula Dikreditkan Secara Berperingkat

Bayaran sumbangan tunai rahmah (STR) fasa 1 akan mula diberikan pada tarikh 17 Januari 2023 secara berperingkat. Perkara ini telah dimaklumkan menerusi kenyataan rasmi Perdana Menteri Malaysia iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Untuk makluman, pemberian sumbangan ini adalah bagi rakyat Malaysia yang memerlukan pada tahun ini. Di halaman ini telah disediakan maklumat penuh berkenaan bantuan sumbangan tunai rahmah.

PEMBERIAN SUMBANGAN TUNAI RAHMAH (STR)

Untuk sedia maklum, pihak kerajaan telah bersetuju untuk mempercepatkan tarikh bayaran pemberian sumbangan tunai rahmah (STR) fasa 1 bermula 17 Januari 2023. Pemberian inisiatif ini dijadualkan pada bulan Mac, atas dasar keprihatinan kerajaan perpaduan bantuan ini telah diawalkan bagi meringankan beban rakyat.

Sumbangan tunai ini melibatkan dana bantuan sebanyak RM1.67 bilion dan akan diagihkan kepada seluruh rakyat malaysia yang berkelayakan. Pemberian bantuan STR ini bagi menggantikan bantuanĀ BKM pada tahun ini.

KATEGORI DAN KADAR BANTUAN STR FASA 1

Untuk makluman, terdapat 3 kategori yang akan terlibat menerima bantuan STR fasa 1 ini dengan kadar yang telah ditetapkan seperti berikut :

  • Kategori isi rumah : Menerima bayaran sebanyak RM300
  • Kategori bujang : Menerima bayaran sebanyak RM100
  • Kategori warga emas tiada pasangan : Menerima bayaran sebanyak RM100.

TARIKH BAYARAN STR

Pihak kerajaan secara rasmi telah mengumumkan bahawa pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) fasa 1 akan mula dikreditkan secara berperingkat pada 17 Januari 2023 di seluruh negara.

KAEDAH BAYARAN STR

Dimaklumkan pembayaran STR akan diberikan secara kredit terus ke akaun masing-masing. Bagi yang tidak mempunyai kad bank, anda boleh tebus bantuan di mana-mana cawangan Bank simpanan nasional (BSN) berdekatan. Tuntutan boleh dibuat bermula pada 17 Januari 2023.

SEMAKAN STATUS PEMBAYARAN

Pihak kerajaan juga telah memberitahu, semakan status bayaran akan dibuka mulai 17 Januari 2023 dan maklumat terperinci STR boleh dirujuk di Portal rasmi STR.

MAKLUMAT LANJUT

Selain daripada bantuan sumbangan tunai rahmah ini, terdapat pelbagai bantuan berbentuk kewangan telah diperkenalkan oleh pihak kerajaan pada tahun 2023. Jika anda terlepas pandang, sila semak senarai bantuan yang ada pada tahun ini yang layak untuk anda dapatkan di laman utama –SEMAK DISINI untuk rujukan umum.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button