BANTUANe-Dompet

EDompet 2023 : Bantuan ETunai Berjumlah RM200 Seorang Diperluaskan

Edompet 2023 adalah merupakan sebuat inisiatif berbentuk bantuan yang diperkenalkan oleh kerajaan pada tahun ini yang dikenali sebagai kredit e-tunai belia rahmah. Untuk sedia maklum, bantuan khas ewallet ini menggantikan bantuan tahun lalu iaitu ePemula 2022.

INSENTIF EDOMPET 2023

Pada sidang Belanjawan yang dibentangkan pada bulan Februari lalu, Perdana Menteri telah mengumumkan bahawa bantuan edompet 2023 akan dilaksanakan.

Rakyat Malaysia yang terdiri daripada golongan belia akan terlibat dalam menerima manfaat daripada inisiatif bantuan ewallet ini.

Melalui program khas ini, kira-kira 2 juta orang yang merupakan golongan belia akan menerima insentif khas ini pada kadar RM200 setiap seorang.

BANTUAN DIPERLUASKAN

Baru-baru ini pihak kerajaan telah bersetuju untuk memperluaskan bantuan edompet 2023 kepada semua mahasiswa tanpa mengira had umur.

Lebih menggembirakan adalah kadar bayaran bantuan juga telah dinaikkan berjumlah RM200 berbanding RM150 ePemula tahun lalu.

SYARAT KELAYAKAN BANTUAN E-TUNAI RAHMAH

Berikut adalah syarat kelayakan bantuan e-tunai belia rahmah seperti dibawah :

  • Warganegara Malaysia
  • Kumpulan belia berumur 18 hingga 21 tahun
  • Diperluaskan kepada golongan mahasiswa tanpa mengira had umur

Kaedah penebusan bantuan edompet ini dijangka sama seperti tahun lalu, pemohon boleh memuat turun salah satu aplikasi seperti dibawh :

  • Shopee Pay
  • Big Pay
  • Touch N Go EWallet
  • Grab Pay

TARIKH PERLAKSANAAN BANTUAN

Jika dirujuk pada tahun lalu, bantuan edompet mula dibuka permohonan adalah pada bulan April 2022, dijangkakan pada tahun ini akan dilaksanakan pada bulan Mei atau pertengahan tahun ini.

Segala maklumat terkini akan dikemaskini berkenaan bantuan khas ini untuk rujukan umum masyarakat.

Bantuan khas edompet ini telah dimaklumkan pada sidang BELANJAWAN 2023

MAKLUMAT LANJUT

Selain edompet terdapat lebih banyak inisiatif berbentuk bantuan kewangan yang telah diperkenalkan oleh kerajaan pada tahun ini.

Pelbagai bantuan disediakan adalah bagi membantu meringankan beban rakyat Malaysia turutama bagi golongan sasar dan B40 yang memerlukan.

Kepada mereka yang terlepas pandang, sila semak senarai bantuan yang ada pada tahun ini dan berkelayakan untuk melakukan permohonan – KLIK DI SINI untuk semakan penuh maklumat.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button