BANTUANFASA 3STR

STR Fasa Ke 3 : Semak Tarikh & Jumlah Bayaran

STR fasa ke 3 adalah pembayaran bantuan tunai yang akan dibayar pada fasa berikutnya kepada seluruh rakyat Malaysia yang layak. Untuk sedia maklum, bayaran bagi sumbangan tunai rahmah fasa satu (1) dan 2 telah selesai dikreditkan pada bulan Januari dan April 2023.

STR FASA KE 3

Untuk makluman, pihak kerajaan telah bersetuju untuk menyalurkan bayaran bantuan tunai STR fasa ke 3 yang dijadualkan pada bukan Julai nanti. Sama seperti fasa sebelumnya, kategori yang akan terlibat adalah bujang, warga emas dan isi rumah (keluarga).

Kadar bayaran yang akan dibayar adalah berbeza mengikut kategori dan bilangan tanggungan anak bagi isi rumah. Untuk semakan bagi penerima sedia ada, dibawah telah dikongsikan bayaran yang akan dibayar mengikut kategori kelayakan.

KADAR JUMLAH BAYARAN FASA KE 3

Berikut adalah kadar bayaran bantuan tunai fasa ketiga yang akan dibayar kepada penerima sedia ada mengikut kategori seperti di bawah.

KATEGORI ISI RUMAH (PENDAPATAN DI BAWAH RM2,500)

  • Tiada tanggungan anak : RM300
  • Mempunyai tanggungan anak (1-2) : RM400
  • Mempunyai tanggungan anak (3-4) : RM600
  • Mempunyai tanggungan anak (5 dan lebih) : RM800

ISI RUMAH (PENDAPATAN RM2,500 – RM5,000)

  • Tiada tanggungan anak : Tiada bayaran
  • Mempunyai tanggungan anak (1-2) : RM150
  • Mempunyai tanggungan anak (3-4) : RM200
  • Mempunyai tanggungan anak (5 dan lebih) : RM250

WARGA EMAS (SEBATANG KARA)

  • RM200 seorang

BUJANG (TIADA PASANGAN)

  • RM150 seorang

TARIKH BAYARAN & KAEDAH BAYARAN

Untuk pengetahuan umum, pembayaran STR fasa ke 3 akan mula dibayar pada bulan Julai 2023. Kaedah bayaran akan dijalankan secara kredit terus ke dalam akaun dan tebus tunai di cawangan BSN bagi penerima tiada kad bank.

SEMAKAN STATUS BAYARAN STR

Kepada penerima sedia ada dan pendaftaran baru, anda boleh membuat semakan status pembayaran STR anda secara online. Sila layari laman rasmi MySTR – DI SINI

MAKLUMAT LANJUT

Selain daripada STR, pihak kerajaan telah menyediakan pelbagai jenis inisiatif berbentuk bantuan kewangan bagi membantu meringankan beban rakyat pada tahun ini. Kepada yang terlepas pandang, sila semak senarai bantuan yang ada pada bulan ini dan berkelayakan untuk dimohon – SEMAK DISINI untuk rujukan penuh.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button