BANTUANFASA 3MySTRSumbanganTunaiRahmah

Semakan MySTR Fasa-3 : Status & Jadual Bayaran Bantuan Tunai

Semakan MySTR Fasa-3 : Status dan jadual bayaran bantuan tunai bagi sesi tahun ini telah diumumkan oleh pihak kerajaan. Untuk makluman umum, pemberian inisiatif khas ini merupakan salah satu bantuan kewangan di bawah Belanjawan 2024.

SEMAKAN MYSTR FASA-3 TAHUN 2024

Seperti sedia maklum, pihak kerajaan telah bersetuju untuk melaksanakan program bantuan khas Sumbangan Tunai Rahmah bagi sesi tahun 2024. Pemberian ini melibatkan 3 kategori kelayakan utama iaitu bujang, isi rumah dan warga emas.

Pembayaran bagi bantuan tunai fasa pertama dan kedua telahpun selesai dibayar pada 29 Januari dan 3 April lalu secara pengkreditan terus ke dalam bank dan tebus tunai di BSN. Dengan adanya sumbangan bantuan kewangan STR ini dapat membantu mengurangkan kos beban sara hidup rakyat pada tahun ini.

Bagi pembayaran fasa berikutnya iaitu fasa 3, pengagihan akan disalurkan pada bulan Ogos 2024 secara berperingkat. Bagi kadar bayaran pula masih belum dimaklumkan oleh pihak kerajaan dan dijangkakan akan diumum sebelum pembayaran dilakukan.

SEMAKAN JADUAL BAYARAN MYSTR MENGIKUT FASA

Kerajaan perpaduan telah memaklumkan jadual tarikh pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah bagi tahun 2024 mengikut fasa seperti di bawah :

  • Bayaran fasa pertama STR : Bermula 29 Januari 2024 (Selesai)
  • Bayaran fasa kedua STR : Bermula 3 April 2024 (Selesai)
  • Bayaran fasa ketiga STR : Bermula Ogos 2024 (Tarikh akan dimaklumkan)
  • Bayaran fasa keempat STR : Bermula November 2024 (Tarikh akan dimaklumkan)

SEMAKAN JUMLAH BAYARAN MYSTR MENGIKUT KATEGORI

Jumlah bayaran bagi Sumbangan Tunai Rahmah tahun ini mengikut kategori adalah seperti berikut :

KATEGORI ISI RUMAH (PENDAPATAN RM2,500)

  • RM1,000 : Tiada anak (0)
  • RM1,500 : Mempunyai bilangan anak (1-2)
  • RM2,000 : Mempunyai bilangan anak (3-4)
  • RM2,500 : Mempunyai bilangan anak (5 ke atas)

KATEGORI ISI RUMAH (PENDAPATAN RM5,000)

  • RM500 : Tiada anak (0)
  • RM750 : Mempunyai bilangan anak (1-2)
  • RM1,000 : Mempunyai bilangan anak (3-4)
  • RM1,250 : Mempunyai bilangan anak (5 ke atas)

WARGA EMAS & BUJANG

  • Warga emas tiada pasangan : RM600
  • Belia bujang 21 tahun keatas : RM350

Nota : Diatas adalah kadar jumlah bayaran bantuan tunai STR tahun ini yang akan dipecahkan kepada 4 fasa pembayaran.

KEMASKINI & SEMAKAN STATUS BAYARAN MYSTR TAHUN 2024

Kepada penerima sedia ada Sumbangan Tunai Rahmah, semakan status bayaran bantuan tunai dan kemaskini maklumat boleh dilakukan secara online. Untuk semakan status dan butiran lengkap, sila layari laman portal rasmi bantuan – STR 2024

MAKLUMAT LANJUT

Terdapat lebih banyak jenis kemudahan dan inisiatif khususnya berbentuk bantuan telah disediakan oleh kerajaan perpaduan bagi meringankan beban rakyat. Sila lihat senarai insentif bantuan yang ada pada tahun ini dan layak untuk dimohon – SEMAK DISINI untuk ketahui info lengkap.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button