BANTUANBKMFASA 3

Jadual Dan Jumlah Bayaran Bantuan Keluarga Malaysia Fasa 3

Untuk sedia maklum, Bantuan Keluarga Malaysia atau lebih popular dikenali sebagai BKM 2022 merupakan sebuah program bantuan berbentuk tunai yang melibatkan jumlah dana bantuan terbesar pada tahun ini. Bantuan BKM ini ada merupakan gantian kepada Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) pada tahun sebelum ini. Kadar bayaran bantuan juga telah dinaik tambah yang mana kepada penerima BKM akan menerima sehingga RM 2,600.

Bantuan Keluarga Malaysia 2022

Pembayaran BKM ini akan terbahagi kepada 4 fasa, yang mana akan melibatkan 4 bulan iaitu bulan Mac (Fasa 1), Jun (Fasa 2), September (Fasa 3), Disember (Fasa 4). Untuk makluman, BKM ini diberikan keutamaan kepada golongan yang berpendapatan rendah dan sederhana pada tahun ini.

Bagi pembayaran BKM Fasa 1 dan 2, bayaran telah selesai di salurkan. Kini ramai yang menantikan pembayaran selanjutnya pada Fasa ketiga. Di ruangan ini telah disediakan butiran ringkas dan padat berkenaan BKM Fasa 3 yang perlu anda ketahui.

Jadual Tarikh Bayaran BKM FASA 3

Untuk makluman, secara rasminya pembayaran BKM Fasa 3 dijadualkan akan diberikan pada bulan September 2022 yang akan melibatkan semua kategori penerima. Namun begitu tiada lagi tarikh rasmi diumumkan, seperti pembayaran fasa 1 dan 2, boleh dijangkakan pembayaran akan bermula pada penghujung bulan September. Semakan kelulusan BKM anda boleh semak di Laman Rasmi Bantuan Keluarga Malaysia – KLIK DI SINI

Jumlah Kadar Bayaran BKM Fasa 3

Bagi kadar bayaran yang akan diberikan pada BKM Fasa 3 adalah sebanyak sehingga RM 900 bergantung pada kategori kelayakan. Jumlah bayaran yang anda akan dapat anda boleh semak di portal rasmi BKM seperti disediakan di atas. Tambahan, dijangkakan ada penambahan bayaran tunai seperti di fasa 2, segala maklumat terbaru berkenaan fasa 3 ini akan dikemaskini dari semasa ke semasa untuk rujukan anda.

Maklumat Lanjut

Pada tahun 2022 terdapat pelbagai jenis bantuan telah diperkenalkan dan disediakan oleh pihak Kerajaan bagi membantu golongan yang memerlukan. Jika anda terlepas pandang dan ingin membuat semakan berkenaan senarai bantuan yang tersedia pada tahun ini yang berkelayakan untuk anda mohon, sila ke laman utama yang telah disediakan – TEKAN DI SINI

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button