BANTUANFasa 4MySTRSumbanganTunaiRahmah

MySTR : Pembayaran Fasa Keempat Disalurkan Berperingkat

MySTR : Pembayaran Fasa Keempat akan mula disalurkan secara berperingkat pada bulan hadapan iaitu November 2023. Seperti sedia maklum, inisiatif khas berbentuk bantuan kewangan STR ini hanya tinggal satu sahaja lagi fasa pada tahun ini.

MYSTR : PEMBAYARAN FASA KEEMPAT

Pihak kerajaan telah memaklumkan bahawa pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah fasa 4 akan diberikan secara berperingkat pada November ini. Kategori yang terlibat bagi bayaran fasa akhir ini adalah warga emas, isi rumah B40 dan M40.

Kepada yang terlepas pandang, pemberian STR bagi fasa 1 hingga fasa 3 telahpun selesai dibayar pada bulan Januari, April dan Jun lalu. Kategori yang terlibat adalah bujang, isi rumah dan warga emas.

Bagi bayaran fasa akhir nanti, kadar yang akan disalurkan adalah berjumlah sehingga RM1,200. Jumlah ditentukan mengikut kategori dan bilangan tanggungan anak setiap isi rumah.

KADAR MYSTR FASA KEEMPAT MENGIKUT KATEGORI

Dibawah adalah jumlah yang akan diterima oleh rakyat mengikut kategori masing-masing seperti berikut.

KATEGORI KELUARGA B40 (PENDAPATAN RM2,500)

  1. Tidak mempunyai anak : RM200
  2. Mempunyai bilangan tanggungan anak (1-2) : RM600
  3. Mempunyai bilangan tanggungan anak (3-4) : RM900
  4. Mempunyai bilangan tanggungan anak (5 keatas) : RM1,200

KELUARGA M40 (PENDAPATAN RM5,000)

  1. Tidak mempunyai anak : RM0 (Tiada bayaran)
  2. Mempunyai bilangan tanggungan anak (1-2) : RM0 (Tiada bayaran)
  3. Mempunyai bilangan tanggungan anak (3-4) : RM300
  4. Mempunyai bilangan tanggungan anak (5 keatas) : RM500

KATEGORI BUJANG DAN WARGA EMAS

  • Bujang (21 – 59 tahun) : RM0 (Tiada bayaran)
  • Warga emas (60 tahun keatas) : RM200

SEMAKAN STATUS BAYARAN MYSTR

Kepada rakyat Malaysia yang merupakan penerima sedia ada Sumbangan Tunai Rahmah, anda boleh membuat semakan status bayaran mengikut fasa secara online. Untuk semakan, sila layari laman rasmi MySTR – KLIK DISINI

Bagi mereka yang tidak layak atau bukan penerima STR 2023, anda boleh kemukakan permohonan bagi dapatkan STR tahun 2024. Permohonan akan mula dibuka pada November nanti dan boleh dikemukakan secara dalam talian.

MAKLUMAT LANJUT

Selain STR, terdapat lebih banyak kemudahan serta inisiatif berbentuk bantuan yang telah disediakan oleh kerajaan bagi meringankan beban rakyat yang memerlukan. Sila lihat senarai insentif yang ada dan layak untuk dimohon – SEMAK DISINI untuk rujukan maklumat lengkap.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button