BANTUANBINGKAS

Bantuan Kewangan Bingkas RM300 Sebulan : Untuk Keluarga B40

Bantuan kewangan Bingkas RM300 sebulan kini ditawarkan kepada keluarga B40 yang berpendapatan tidak melebihi RM3,000. Atas dasar keprihatinan keraajaan pelbagai jenis kemudahan dan inisiatif telah disediakan untuk rakyat Malaysia pada tahun 2023.

BANTUAN KEWANGAN BINGKAS RM300

Program pemberian bantuan kewangan Bingkas RM300 ini sama seperti Sumbangan Tunai Rahmah dimana ditawarkan khusus untuk golongan B40. Apa yang menarik adalah pemohon yang layak akan menerima bayaran bantuan Bingkas secara bulanan automatik.

Program khas ini telah diperkenalkan pada tahun sebelum ini dan masih diteruskan pada tahun ini bagi mengiktiraf peranan penting ketua keluarga. Dengan adanya insentif bulanan ini dapat membantu meringankan beban serta menguruskan hal ehwal keluarga dan besarkan anak-anak dalam keadaan selesa.

Kehidupan sejahtera (Bingkas) ini juga adalah penambahbaikkan daripada program Kasih Ibu Smart Selangor (KISS) dan (KISS IT) ibu tunggal. Program Bingkas ini lebih memberi manfaat kepada seisi keluarga yang memerlukan.

Bantuan kewangan Bingkas RM300 ini adalah memberi manfaat kepada sekitar 30,000 keluarga untuk membeli barangan keperluan asas setiap bulan.

MANFAAT BANTUAN KEWANGAN BINGKAS

Kepada pemohon yang layak akan terima manfaat daripada program khas ini seperti berikut :

  1. Had pembelian (EWallet) RM300 sebulan
  2. Beli barang keperluan asas dan alat tulis – keperluan sekolah anak
  3. Tambah nilai ke paras RM300 secara automatik setiap bulan
  4. Baki amaun tidak akan dibawa ke bulan seterusnya

SYARAT KELAYAKAN BINGKAS

Syarat-syarat kelayakan bantuan khas telah ditetapkan, permohonan dibukan untuk :

  • Warganegara Malaysia
  • Pendapatan isi rumah bulanan RM3,000 ke bawah (B40)
  • Mempunyai tanggungan anak di bawah umur 18 tahun
  • Lahir di Selangor atau telah menetap melebihi 10 tahun
  • Pemilih berdaftar di Selangor

PANDUAN PERMOHONAN

Kepada mereka yang berkelayakan dan memerlukan, permohonan boleh dikemukakan seccara online. Panduan lengkap permohonan telah disediakan, sila layari laman rasmi BINGKAS – DI SINI

INFO LANJUT

Terdapat lebih banyak inisiatif khususnya berbentuk bantuan kewangan yang disediakan pada tahun ini oleh kerajaan perpaduan. Kepada mereka yang terlepas pandang, sila lihat senarai bantuan yang ada pada tahun ini dan berkelayakan untuk memohon – SEMAK DISINI untuk rujukan penuh maklumat.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button