BANTUANCaruman TambahanKWSP

KWSP : Pemberian Tambahan RM500 Dikreditkan Secara One-Off

KWSP : Pemberian Tambahan RM500 akan dikreditkan secara one-off ke dalam akaun 1 ahli yang menepati kriteria kelayakan. Bagi makluman umum, inisiatif khas ini diberikan secara automatik tanpa perlu melakukan permohonan.

PEMBERIAN BANTUAN TAMBAHAN KWSP RM500

Pihak Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah memaklumkan baru-baru ini bahawa caruman tambahan bernilai RM500 telah mula dikreditkan. Ini merupakan pemberian insentif tambahan kepada para pencarum yang berumur 40 tahun sehingga 55 tahun.

Peruntukan sebanyak RM708 juta ini akan memberi manfaat kepada sekitar 1.4 juta penerima secara one-off. Untuk makluman, pemberian ini adalah merupakan sebagai insentif caruman tambahan dalam akaun 1 dan boleh dikeluarkan selepas tempoh matang.

Tujuan utama perlaksanaan insentif caruman tambahan berjumlah RM500 secara one-off ini adalah bagi menggalakan setiap ahli yang mempunyai simpanan rendah. Agar mereka terus menyimpan serta mempercepatkan pengumpulan simpanan untuk tujuan waktu persaraan yang lebih terjamin.

KELAYAKAN PEMBERIAN BANTUAN TAMBAHAN RM500

Ahli yang layak menerima insentif tambahan RM500 one-off ini adalah mereka yang berumur 40 hingga 55 tahun. Manakala simpanan dalam akaun 1 KWSP mereka berjumlah RM10,000 dan kebawah sahaja.

Dengan adanya pemberian ini sedikit sebanyak dapat menambah simpanan masing-masing bagi persiapan waktu persaraan nanti. Inisiatif khas ini termasuk dalam senarai belanjawan 2023 yang telah dibentangkan tahun lalu.

PANDUAN SEMAKAN BANTUAN TAMBAHAN KWSP

Sekiranya anda berkelayakan, semakan status boleh dilakukan secara online untuk mengetahui anda layak atau tidak menerima insentif khas ini. Panduan lengkap cara semak telah disediakan seperti dibawah :

  1. Langkah pertama, sila layari laman rasmi KWSP – DI SINI
  2. Log masuk menggunakan ID pengguna dan kata laluan yang telah ditetapkan
  3. Kemudian tekan pada “Akaun Peribadi”
  4. Sila pilih penyata bagi tahun yang dikehendaki kemudian klik ”Cari”
  5. Maklumat penyata akaun anda akan dipaparkan, jika layak anda akan nampak amaun RM500 telah dimasukkan.

Dengan adanya pemberian istimewa bernilai RM500 ini diharapkan dapat membantu dan memberi manfaat kepada rakyat Malaysia.

MAKLUMAT LANJUT

Terdapat lebih banyak jenis kemudahan dan inisiatif khususnya berbentuk bantuan telah disediakan oleh kerajaan perpaduan bagi meringankan beban rakyat yang terjejas. Sila lihat senarai insentif bantuan yang ada pada tahun ini dan layak untuk didapatkan – SEMAK DISINI sebagai rujukan umum.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button