AidilfitriBANTUAN

Bantuan Khas Aidilfitri RM1000 : Akan Disalurkan Pada 8 April

Bantuan Khas Aidilfitri RM1000 atau sebulan gaji akan mula disalurkan pada 8 April 2024 secara berperingkat kepada penerima yang layak. Insentif khas ini diberikan adalah bagi meringankan pembelanjaan sempena menyambut bulan syawal nanti.

BANTUAN KHAS AIDILFITRI RM1000

Menteri Besar Selangor iaitu Datuk Seri Amirudin Shari hari ini telah mengumumkan pemberian sumbangan bantuan khas kewangan. Insentif tambahan ini diperkenalkan adalah sempena menyambut hari raya pada tahun ini.

Pemberian bantuan khas raya sebanyak sebulan gaji atau minimum RM1,000 ini akan disalurkan kepada mereka yang berstatus anggota perkhidmatan kerajaan negeri. Senarai penerima merangkumi penjawat awam dibawah kendalian pentadbiran setiausaha kerajaan (SUK).

Kepada penjawat awam persekutuan lantikan tetap yang berkhidmat dalam jabatan di bawah pentadbiran SUK negeri Selangor juga terlibat. Dengan adanya pemberian ini dapat memberi manfaat kepada rakyat khususnya penjawat awam negeri Selangor bagi menyambut perayaan aidilfitri yang bakal tiba.

PENERIMA BANTUAN KHAS AIDILFITRI

Selain penjawat awam, pemimpin masyarakat seperti pengerusi majlis pengurusan komuniti kampung (MPKK), pegawai perhubungan kampung, penyelia pusat wanita (WBS) dan penggerak belia Selangor (PeBS) akan menerima insentif sebulan elaun.

Manakala bantuan khas berjumlah RM500 akan diagihkan kepada penggerak masjid seperti nazir, imam rawatib, siak dan bilal bagi kesemua masjid. Juga terlibat adalah guru rakyat yang bekerja dibawah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).

Peruntukan implikasi bantuan kewangan khas raya ini adalah sekitar RM45 juta yang akan diberikan pada suku pertama bulan April nanti. Perkara ini telah diumumkan Menteri Besar Selangor semasa berucap dalam Majlis Mahabbah Ramadhan MADANI.

TARIKH RASMI BAYARAN BANTUAN AIDILFITRI

Kerajaan negeri Selangor telah memaklumkan tarikh pembayaran bantuan khas raya ini akan mula dikreditkan/ disalurkan pada 8 April 2024. Menerusi Belanjawan 2024 , kerajaan negeri-negeri seluruh Malaysia juga telah melaksanaan pemberian insentif bantuan sempena menyambut Aidilfitri tahun ini.

MAKLUMAT LANJUT

Kerajaan perpaduan telah memperkenalkan lebih banyak jenis kemudahan dan inisiatif berbentuk bantuan tunai bagi meringankan beban rakyat yang memerlukan. Sila lihat senarai insentif bantuan yang ada pada tahun ini dan layak untuk didapatkan – SEMAK DISINI sebagai rujukan umum.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button