BANTUANBAP

Pemberian Bantuan Awal Persekolahan RM150 Bermula 12 Januari 2023

Pemberian bantuan awal persekolahan dijadualkan bermula pada tarikh 12 Januari 2023 bagi membantu kumpulan keluarga Malaysia. Perkara ini bagi menghadapi sesi persekolahan anak masing-masing. Tarikh pemberian bantuan ini telah diumumkan oleh pihak kerajaan baru-baru ini.

BANTUAN AWAL PERSEKOLAHAN

Inisiatif pemberian ini adalah merupakan program bantuan yang telah disediakan oleh pihak kerajaan semenjak tahun 2012. Berita baik untuk tahun 2023, Perdana Menteri Malaysia iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim telah bersetuju untuk meneruskan insentif khas ini.

Tambahan, kadar bayaran telah dinaikkan sebanyak RM150 berbanding RM100 tahun sebelum. Pemberian bantuan awal persekolahan ini akan diberikan secara ‘sekali bayar’ kepada pelajar sekolah tanpa mengira had pendapatan keluarga. Perkara ini dapat membantu lebih ramai pelajar meringankan pembelanjaan keluarga mereka.

Selain daripada bantuan awal persekolahan ini, terdapat bantuan lain yang akan dilaksanakan pada junuari 2023 nanti seperti Bantuan Tunai Rakyat, bantuan kewangan khas dan pelbagai lagi. Untuk semak senarai bantuan yang ada, sila ke laman utama – SEMAK DISINI untuk rujukan umum.

KADAR BANTUAN

Untuk makluman, pemberian bantuan ini diberikan kepada kumpulan murid sekolah rendah dan menengah yang berkelayakan. Bagi kadar bantuan adalah sebanyak RM150 secara ‘One-off’ kepada semua pelajar berbanding tahun lalu RM100.

Sekiranya sebuah keluarga mempunyai anak yang masih belajar contohnya 2 orang, maka mereka layak menerima insentif BAP ini sebanyak RM300 untuk 2 orang.

JADUAL TARIKH BAYARAN BANTUAN

Untuk sedia maklum, pihak Kementerian Pendidikan telah mengumumkan tarikh bayaran bantuan awal persekolahan bagi tahun 2023 akan mula disalurkan secara berperingkat pada tarikh 12 Januari 2023.

SYARAT KELAYAKAN

Untuk tahun 2023, bantuan awal persekolahan yang diberikan secara sekali bayar ini akan diberikan kepada semua para murid tanpa mengira had pendapatan keluarga (ibubapa) bulanan.

Pemberian insentif khas untuk pelajar ini akan diberikan kepada murid yang mempunyai keluarga yang berpendapatan dibawah RM3,000 sebulan.

Diwaktu yang sukar dengan keadaan ekonomi tidak stabil dan tambahan banyak kawasan dalam negara yang terjejas akibat banjir, dengan adanya insentif khas ini sedikit sebanyak dapat membantu meringankan keluarga Malaysia.

MAKLUMAT LANJUT

Terdapat inisiatif lain yang telah dibentangkan dalam Bajet dan Mini Bajet 2023 oleh pihak kerajaan. Sila layari laman khas Bajet 2023 – DI SINI untuk ketahui lebih lanjut.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button