BANTUANSKK

SKK 2024 : Bantuan RM1000 Disediakan Untuk Penerima STR

SKK 2024 : Bantuan RM1000 untuk penerima STR boleh dituntut secara one-off selagi menepati kriteria kelayakan pada tahun ini. Untuk makluman, pemberian sumbangan inisiatif khas SKK ini merupakan lanjutan daripada program bantuan STR.

BANTUAN RM1000 SKK 2024

Pihak kerajaan telah bersetuju untuk memberi manfaat kepada penerima sedia ada Sumbangan Tunai Rahmah jika berlaku sebarang perkara tidak diingini. Untuk makluman umum, program sumbangan Skim Khairat Kematian (SKK) adalah merupakan manfaat yang disediakan kepada setiap penerima STR dan pasangan.

Tujuan utama bantuan khas ini masih diteruskan adalah bagi membantu meringankan beban keluarga penerima STR. Bagi kematian yang berlaku dalam tempoh 1 Januari 2024 sehingga 31 Disember 2024 layak untuk membuat tuntutan.

Kadar insentif bantuan SKK yang ditetapkan adalah berjumlah RM1,000 yang akan diberikan secara sekaligus (one-off) kepada penerima. Dengan adanya insentif istimewa ini dapat memberi manfaat kepada semua penerima STR tahun ini jika berlaku musibah.

KELAYAKAN BANTUAN SKK 2024 RM1000

Kerajaan telah menetapkan beberapa kriteria syarat kelayakan bagi tuntutan bantuan khas SKK bernilai RM1,000 ini seperti berikut :

  • Warganegara Malaysia
  • Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR)
  • Kategori isi rumah, ibu bapa tunggal dan warga emas
  • Tarikh kematian bermula 1 Januari sehingga 31 Disember 2024.

Untuk makluman, tuntutan bantuan khas SKK ini boleh dilakukan oleh :

  • Pasangan
  • Ibu
  • Bapa
  • Tanggungan (anak kandung, anak tiri atau anak angkat)
  • Adik beradik
  • Cucu.

Pewaris kepada si mati boleh mengemukakan permohonan tuntutan insentif SKK bernilai RM1,000 ini. Tiada had umur kelayakan seorang pewaris untuk melakukan tuntutan. Kepada waris yang masih berumur 17 tahun dan kebawah, mereka perlu sediakan dokumen penting seperti pengenalan diri dan dokumen bukti pertalian darah.

PANDUAN TUNTUTAN BANTUAN SKK 2024

Kepada penerima STR yang berkelayakan, tuntutan boleh dilakukan secara terus di mana-mana cawangan BSN seluruh negara. Panduan lengkap cara tuntutan telah disediakan, sila layari laman portal rasmi bantuan – SKK 2024

Nota : Program insentif khas ini sangat penting dan memberi manfaat kepada rakyat. Sila kongsikan butiran berkenaan skim khairat kematian ini kepada mereka yang terlepas pandang.

MAKLUMAT LANJUT

Terdapat lebih banyak kemudahan dan insentif berbentuk bantuan kewangan telah disediakan oleh kerajaan perpaduan bagi meringankan beban rakyat Malaysia. Sila lihat senarai bantuan yang ada pada tahun ini dan layak untuk didapatkan – SEMAK DISINI untuk rujukan umum.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button