Am PersekutuanBANTUANJKM

Bantuan Am (BA) RM100-RM350 Sebulan : Cara Permohonan

Bantuan Am (BA) Persekutuan adalah merupakan sebuah inisiatif yang ditawarkan dengan jumlah RM100 – RM350 sebulan kepada rakyat Malaysia. Bagi pengetahuan umum, terdapat pelbagai jenis insentif yang ada pada tahun ini yang boleh dimohon sekiranya menepati syarat.

BANTUAN AM (BA) TAHUN 2023

Program bantuan am (BA) Persekutuan ini merupakan salah satu inisiatif yang dikendalikan oleh Jabatan Kebajikan Masyarat (JKM) pada tahun ini. Bantuan khas berbentuk kewangan ini ditawarkan kepada golongan keluarga yang mempunyai tanggungan dan kurang berkemampuan.

Kadar bantuan sebanyak RM100 sehingga RM350 setiap bulan ini diberikan bagi meringankan beban kewangan dalam meneruskan kelangsungan hidup. Untuk sedia maklum, permohonan bantuan JKM ini dibuka sepanjang tahun ini kepada golongan yang berkelayakan.

SYARAT-SYARAT KELAYAKAN

Terdapat beberapa syarat kelayakan yang telah ditetapkan oleh pihak JKM bagi permohonan bantuan Am (BA) seperti berikut :

  • Terbuka kepada Warganegara Malaysia dan bermastautin di Wilayah Persekutuan
  • Pendapatan bulanan isi rumah tidak melebihi – Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata miskin isi rumah semasa atau purata miskin per kapita semasa
  • Diperluaskan kepada golongan yang memerlukan dan keluarga miskin yang diliputi di bawah mana-mana skim bantuan bulanan JKM yang lain

Nota : Setiap negeri mempunyai program skim bantuan am negeri tersendiri. Kriteria kelayakan dan kadar bantuan yang ditawarkan adalah berbeza mengikut kategori negeri yang dimohon.

PANDUAN CARA PERMOHONAN

Kepada mereka yang kurang bernasib baik dalam kewangan dan memerlukan, permohonan bantuan am (BA) boleh dilakukan pada bila-bila masa. Panduan lengkap cara permohonan telah disediakan, sila layari laman rasmi ebantuan JKM – DI SINI

Kepada mereka yang berkelayakan memerlukan bantuan, disarankan melakukan permohonan agar dapat menerima manfaat yang ditawarkan setiap bulan. Program skim bantuan JKM amat memberi manfaat kepada penerima yang memerlukan bagi meringankan beban mereka.

INFO LANJUT

Selain bantuan am (BA) terdapat lebih banyak inisiatif berbentuk bantuan tunai yang disediakan oleh pihak kerajaan pada tahun ini khusus untuk golongan B40 dan miskin.

Sila lihat senarai bantuan-bantuan yang ada pada tahun 2023 yang berkelayakan untuk kalian dapatkan – SEMAK DISINI untuk rujukan penuh.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button