FSA2KWSPPengeluaran Bersyarat

Pengeluaran Bersyarat FSA2 KWSP Fasa 1 : Minimum RM3,000

Pengeluaran bersyarat FSA2 KWSP fasa 1 kini telah diluluskan kepada pencarum yang berkelayakan untuk membuat pengeluaran peribadi. Bagi pengetahuan umum, bermula April 2023, KWSP telah menyediakan kemudahan pembiayaan pengeluaran kepada ahli.

PENGELUARAN BERSYARAT FSA2 KWSP

Pihak Kumpulan Wang Simpanan Pekerja telah memperkenalkan kemudahan pengeluaran pembiayaan untuk tujuan peribadi melalui Fasiliti Sokongan Akaun 2. Perlaksanaan program FSA2 KWSP ini akan dilancarkan secara 2 fasa.

Buat masa ini permohonan pengeluaran bersyarat FSA2 KWSP bagi fasa 1 telah dibuka kepada ahli bermula April lalu. Perlaksanaan kemudahan ini adalah bagi membantu pencarum untuk membuat pembiayaan pengeluaran melalui institusi perbankan yang terlibat.

KRITERIA KELAYAKAN

Berikut adalah beberapa kriteria asas kelayakan bagi permohonan pengeluaran bersyarat FSA2 KWSP fasa 1 seperti dibawah :

  • Terbuka kepada ahli KWSP
  • Warganegara Malaysia
  • Belum mencapai umur 55 tahun
  • Permohonan dibenarkan dilakukan sekali sahaja
  • Permohonan yang telah lulus tidak boleh dibatalkan
  • Amaun minimum simpanan dalam akaun 2 KWSP RM3,000
  • Menepati terma dan syarat yang telah ditetapkan institusi perbankan (BSN / MBSB)

JUMLAH PENGELUARAN YANG DIBENARKAN

Bagi pembiayaan peribadi pengeluaran fasa 1 FSA2 KWSP, kadar jumlah yang dibenarkan adalah dari RM3,000 sehingga RM50,000. Jumlah yang dimohon bergantung baki simpanan masing-masing.

Info : Baru-baru ini pihak KWSP telah memaklumkan bahawa pengeluaran bagi FSA2 KWSP fasa 2 akan dilaksanakan dalam masa terdekat. Kemudahan ini berkemungkinan akan dibuka kepada ahli berumur 40 tahun dan ke bawah.

PANDUAN PERMOHONAN

Kepada ahli yang berkelayakan, permohonan pembiayaan peribadi pengeluaran FSA2 KWSP boleh dilakukan secara online. Panduan permohonan telah disediakan, sila ke laman utama FSA2 KWSP – DI SINI

Terdapat tiga (3) langkah utama yang perlu dilakukan oleh ahli KWSP yang ingin memohon seperti berikut :

  • Langkah pertama – Ahli perlu membuat semakan awal kelayakan simpanan akaun 2 KWSP melalui laman rasmi institusi perbankan pilihan.
  • Langkah kedua – Melakukan permohonan pembiayaan peribadi melalui laman istitusi perbankan pilihan. Pemohon perlu mengikut terma dan syarat yang telah ditetapkan.
  • Langkah ketiga – Mengemukakan permohonan awal pengeluaran bersyarat 50 tahun atau 55 tahun. Jumlah pembiayaan peribadi akan diluluskan oleh institusi perbankan pilihan ahli.

MAKLUMAT LANJUT

Pada tahun 2023 terdapat lebih banyak kemudahan dan inisiatif berbentuk bantuan yang telah disediakan oleh kerajaan bagi meringankan beban rakyat. Sila semak senarai bantuan yang ada dan berkelayakan untuk dimohon – SEMAK DISINI untuk rujukan.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button