BANTUANYuran Taska

Bantuan Kewangan RM180 Sebulan : Semak Kelayakan & Panduan Permohonan

Bantuan kewangan RM180 sebulan adalah merupakan sebuah inisiatif yang telah diperkenalkan oleh keraajan pada sidang Belanjawan 2023. Pelbagai jenis bantuan telah dilancarkan oleh pihak kerajaan negeri dan persekutuan bagi membantuk meringankan beban rakyat.

BANTUAN KEWANGAN RM180 SEBULAN

Untuk sedia maklum, salah satu inisitif yang dilaksanakan pada tahun ini adalah pemberian bantuan yuran subsidi sebanyak RM180. Insentif khas diberikan setiap bulan ini adalah bagi meringankan beban yang ditanggung oleh golongan penjawat awam yang mempunyai anak di peringkat taska.

Bantuan kewangan khas ini ramai yang masih tidak tahu, kepada anda atau ahli keluarga yang mempunyai anak yang perlu dihantar ke taska boleh membuat permohonan. Butiran maklumat dibawah adalah syarat kelayakan dan panduan permohonan bagi bantuan yuran subsidi khas ini.

SYARAT KELAYAKAN

Dibawah adalah syarat kelayakan yang telah ditetapkan bagi bantuan khas ini seperti berikut :

  • Terbuka kepada warganegara Malaysia sahaja
  • Mempunyai anak berumur di bawah empat (4) tahun pada tarikh anak didaftarkan di taska
  • Penjawat awam yang berpendapatan bulanan dibawah RM7,000
  • Hanya taska di tempat kerja sektor awam dan berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sahaja boleh memohon

PANDUAN PERMOHONAN 

Kepada ibu bapa atau penjaga yang berminat dan berkelayakan, permohonan bantuan kewangan RM180 ini boleh dilakukan secara online. Panduan permohonan telah disediakan di laman rasmi Bantuan Yuran Taska – DI SINI

MAKLUMAT LANJUT

Pada tahun ini kerajaan telah menyediakan pelbagai jenis bantuan khususnya berbentuk tunai bagi meringankan beban rakyat Malaysia terutama golongan B40 dan miskin. Sila semak senarai bantuan yang ada dan berkelayakan untuk didapatkan – SEMAK DISINI untuk rujukan penuh.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button