Am NegeriAm PersekutuanBANTUANJKM

Program Bantuan Am 2024 : Permohonan Kini Dibuka

Program Bantuan Am 2024 : Inisiatif khas ini adalah merupakan salah satu bantuan yang disediakan pada tahun ini bagi mereka yang memerlukan. Untuk makluman, pelbagai pemberian insentif telah disediakan bagi meringankan beban rakyat.

PROGRAM BANTUAN AM 2024

Tahukah anda, pihak kerajaan melalui agensi Jabatan Kebajikan Masyarakat ada menyediakan pelbagai jenis insentif dalam skim bantuan kebajikan. Antaranya yang boleh dimohon adalah bantuan Am negeri dan bantuan am persekutuan.

Program ini dibuka bagi membantu setiap individu/ keluarga yang kurang berkemampuan dan memerlukan. Dengan adanya insentif tambahan secara bulanan ini dapat meringankan beban bagi meneruskan kelangsungan dan kesejahteraan kehidupan dalam komuniti masyarakat.

SYARAT KELAYAKAN BANTUAN AM 2024

Pihak kerajaan telah menetapkan beberapa kriteria syarat kelayakan asas bagi mohon bantuan khas (BA) ini seperti berikut :

  • Warganegara Malaysia sahaja
  • Pendapatan isi rumah tidak melebihi (PGK) Pendapatan garis kemiskinan, purata miskin perkapita semasa atau purata miskin isi rumah semasa
  • Berada dalam kategori golongan yang memerlukan dan keluarga miskin yang tidak diliputi dibawah mana-mana skim bantuan bulanan JKM yang lain.

KADAR BANTUAN AM 2024

Bagi pengetahuan umum, pemberian bantuan (BA) persekutuan ini diberikan secara automatik setiap bulan kepada pemohon yang layak. Kadar adalah dari minimum RM100 seorang dan maksimum RM350 satu keluarga.

Bagi bantuan Am negeri pula ditentukan oleh pihak kerajaan negeri masing-masing. Kepada mereka yang kurang bernasib baik dalam kewangan disarankan kemukakan permohonan bagi mendapatkan manfaat yang disediakan secara percuma ini.

CARA DAFTAR PERMOHONAN BANTUAN AM

Permohonan bagi sesi tahun ini telah dibuka, kepada yang berkelayakan dan memerlukan boleh kemukakan permohonan segera. Panduan lengkap cara mohon dan muat turun borang telah disediakan, sila layari laman rasmi – eBantuan JKM

Pemohon juga boleh kemukakan permohonan secara manual di pejabat jabatan kebajikan masyarakat bahagian berdekatan kawasan masing-masing.

MAKLUMAT LANJUT

Terdapat lebih banyak jenis kemudahan serta inisiatif khususnya berbentuk bantuan telah ditawarkan oleh kerajaan perpaduan bagi meringankan beban rakyat yang terjejas. Sila lihat senarai insentif bantuan yang ada pada tahun ini dan layak untuk dimohon – SEMAK DISINI untuk ketahui info lengkap.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button