BANTUANBaucar

Cara Claim Bantuan Baucar Khas RM 400 Bulan Julai Untuk Rakyat Malaysia

Anda sedang mencari barangan elektrik? Tahukah anda terdapat bantuan baucar sehingga RM 400 yang boleh anda tebus pada bulan Julai 2022 melalui program Sustainability Achieved Efficiency atau lebih sinonim dikenali sebagai SAVE 3.0. Bantuan baucar khas ini telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan kepada rakyat Malaysia untuk tahun ini.

Program SAVE 3.0 RM 400

Untuk sedia maklum, perlaksanaan program baucar ini adalah merupakan sambungan daripada program terdahulu iaitu SAVE 1.0 dan 2.0 pada tahun sebelum. Program bantuan SAVE ini masih kekal diteruskan pada tahun ini bagi tujuaan yang sama iaitu menggalakan lebih ramai pengguna mendapatkan produk barangan elektrik yang menjimatkan tenaga serta sekaligus menyumbangkan kepada penjimatan bil elektrik bulanan anda.

Menerusi program khas SAVE ini, anda boleh menebus baucar diskaun sehingga maksimum RM 400 bagi pembelian barangan elektrik yang mempunyai label (Cekap tenaga). Program ini untuk individu dan isi rumah yang ingin membeli barangan elektrik label jimat tenaga yang telah menjalani ujian prestasi untuk peralatan elektrik yang telah diiktiraf dan menerima label cekap tenaga 4 dan 5 bintang dari pihak Suruhanjaya Tenaga.

Kadar Bantuan Baucar SAVE 3.0

Bagi isi rumah dan individu yang berkelayakan akan mendapatkan maksimum sehingga RM 400 erebat – RM 200 untuk kategori 1 dan RM 50- RM 200 untuk kategori 2.

Baucar khas ini hanya boleh ditebus dengan pembelian barangan elektrik berlabel kecekapan tenaga 4 dan 5 bintang sahaja.

Syarat Kelayakan 

  • Program baucar khas ini terbuka kepada isi rumah dan individu yang berstatus warganegara Malaysia sahaja
  • Program ini terhad kepada 1 akaun sahaja bagi pembelian pada tahun 2022 berdasarkan ‘First Come First Serve’
  • Pembelian dan penebusan baucar boleh dijalankan secara online di mana-mana paltform e dagang pilihan anda seperti Shopee, Lazada dan PG Mall
  • Kepada penerima erebat bagi program SAVE sebelum ini tidak layak untuk memohon bagi kategori 1 dalam SAVE 3.0 ini bermakna anda boleh dapatkan maksimum RM 200 sahaja
  • Pembelian dan penebusan baucar juga boleh dibuat secara fizikal di mana mana kedai elektrik dan pasaraya yang berdaftar

Cara Tebus Baucar RM 400

Anda boleh menebus bantuan ini dengan mudah secara online di platform e-dagang pilihan anda seperti berikut :

Peringatan – Tempoh perlaksanaan bagi program SAVE 3.0 ini telah ditetapakan bagi tahun 2022. Anda boleh menebus pada bila-bila masa sahaja bermula dari 1 Januari sehingga 31 Disember 2022. Sekiranya anda ingin mengetahui lebih berkenaan program SAVE ini, sila layari laman rasmi Saveenergy – DI SINI

Maklumat Lanjut

Pada tahun 2022, selain bantuan ini terdapat lebih banyak inisiatif telah disediakan oleh pihak Kerjaan bagi membantu raykat Malaysia yang memerlukan terutama bantuan berbentuk kewangan. Jika anda terlepas pandang dan ingin semak senarai bantuan yang ada pada tahun ini yang berkelayakan untuk anda membuat permohonan, sila ke Laman utama yang telah disediakan oleh pihak kami – KLIK DI SINI

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button