BANTUANWarga Emas

Bantuan Kewangan RM 500 One-Off Bermula Mei 2022

Untuk makluman umum, melalui sidang belanjawan 2021 yang lalu, Menteri kewangan iaitu Dato’ Sri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz telah mengumumkan bantuan kepada golongan warga emas atau bantuan kebajikan orang tua akan dinaikkan dari jumlah terdahulu RM 350 kepada RM 500 seorang bagi mereka yang telah berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarat atau lebih dikenali sebagai JKM. Menerusi kenyataan beliau, bantuan ini akan diteruskan pada tahun 2022.

Bagi sedia maklum bantuan warga emas ini akan diuruskan sepenuhnya oleh pihak JKM yang merupakan sebuah agensi di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, keluarga dan Masyarakat. Bantuan ini mensasarkan golongan Warga emas yang layak untuk membantu meneruskan kelangsungan dan kesejahteraan hidup dalam komuniti dalam negara.

Syarat Kelayakan Bantuan RM 500

Di bawah telah disediakan syarat kelayakan yang telah ditetapkan seperti berikut :

  • Individu yang ingin memohon wajib berstatus warganegara Malaysia yang sah
  • Pendapatan semasa isi rumah tidah boleh melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK)
  • Individu merupakan warga emas atau orang tua yang berusia 60 tahun dan keatas
  • Warga emas / orang tua yang bukan tinggal di Institusi kendalian JKM atau pusat jagaan harian – Kediaman yang memberikan kemudahan perkhidmatan secara percuma
  • Mana-mana kes yang berkaitan berkeperluan, layak dipertimbangkan dengan kelulusan KPKM.

Dokumen Yang Diperlukan

  • Sediakan salinan kad pengenalan pemohon
  • Sediakan salinan kad pengenalan suami / isteri / ibu bapa atau anak yang tingga serumah
  • Sediakan salinan sijil lahir anak / ahli keluarga yang tinggal serumah
  • Sediakan dokumen sokongan yang berkaitan

Panduan Cara Mohon

Jika anda atau mempunyai ahli keluarga atau kenalan yang menepati syarat kelayakan, anda boleh membuat permohonan seperti berikut :

  1. Sila layari portal rasmi eBantuanJKM – DI SINI
  2. Kemudian tekan pada butang “Daftar Permohonan”
  3. Sila masukkan negeri tempat tinggal dan nombor kad pengenalan pemohon
  4. Tekan butang DAFTAR, selesai.

Nota : Dalam tempoh 14 hari dari permohonan, sila hadir ke Pejabat Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) yang berdekatan anda. Senarai Pejabat yang ada boleh dirujuk  – DI SINI

Maklumat Lanjut

Pada tahun 2022 terdapat pelbagai jenis inisiatif khususnya bantuan berbentuk kewangan atau tunai telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan bagi membantu keluarga Malaysia yang memerlukan. Jika anda ingin semak senarai bantuan yang ada pada tahun ini yang berkelayakan untuk anda mohon, sila ke Laman Utama yang telah disediakan – KLIK DI SINI

 

Related Articles

20 Comments

  1. nak dapat duit
    ahmad amerool izzad bin bahanudin kg baru kok klang 02500 kangar
    perlis
    01169617686

    maybank
    159012981567
    ahmad amerool izzad

  2. nak dapat duit
    ahmad amerool izzad bin bahanudin kg baru kok klang 02500 kangar
    perlis
    01169617686

    maybank
    159012981567
    ahmad amerool izzad

  3. Encik saya ingin bertanya tentang status permohonan saya ini adakah layak untuk saya menerima bantuan tersebut dan juga di sini saya ingin mohon kepada encik agar dapat dipermudahkan urusan ini untuk saya

  4. Encik saya ingin bertanya tentang status permohonan saya ini adakah layak untuk saya menerima bantuan tersebut dan juga di sini saya ingin mohon kepada encik agar dapat dipermudahkan urusan ini untuk saya

  5. I kehilangan kerja semenjak pintu semadan ditutup semasa covid 19.
    I harap kesulitan saya dapat difahami dan pertolongan yang sewajarnya akan datang tanpa merayu lagi

  6. I kehilangan kerja semenjak pintu semadan ditutup semasa covid 19.
    I harap kesulitan saya dapat difahami dan pertolongan yang sewajarnya akan datang tanpa merayu lagi

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button