Fasa 1FSA2KWSPPengeluaran Bersyarat

FSA2 : Pengeluaran Fasa1 KWSP Kini Dibenarkan Pada Oktober

FSA2 : Pengeluaran Fasa1 KWSP kini telah dibenarkan dan boleh dilakukan pada bulan Oktober ini oleh ahli yang berkelayakan. Untuk makluman, ini adalah merupakan satu inisiatif kemudahan yang telah disediakan pada tahun ini.

FSA2 : PENGELUARAN FASA1 KWSP

Pihak Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah memperkenalkan sebuah kemudahan pengeluaran dikenali sebagai Fasiliti Sokongan Akaun 2. Inisiatif khas ini diperkenalkan adalah bagi membantu ahli bagi mendapatkan pembiayaan peribadi dari institusi perbankan.

Apa yang menarik adalah perlaksanaan pengeluaran FSA2 KWSP ini akan dilancarkan secara 2 fasa bagi memberi manfaat kepada rakyat. Buat masa ini, bermula April 2023 permohonan bagi fasa 1 telahpun dibuka kepada ahli KWSP.

Tujuan utama adanya kemudahan FSA2 ini membolehkan para pencarum KWSP membuat permohonan awal pengeluaran bersyarat. Di bawah dikongsikan maklumat ringkas berkenaan pengeluaran khas ini.

KADAR PENGELUARAN YANG DIBENARKAN

Ahli boleh membuat pengeluaran KWSP melalui FSA2 minimum RM3,000 sehingga maksimum RM50,000 secara one-off. Namun amaun yang dibenarkan bergantung kepada permohonan dan baki akaun 2.

SYARAT KELAYAKAN PENGELUARAN FSA2 KWSP FASA1

Berikut adalah beberapa kriteria syarat kelayakan yang telah ditetapkan oleh pihak berwajib bagi pengeluaran bersyarat FSA2 seperti dibawah :

  1. Ahli KWSP
  2. Warganegara Malaysia
  3. Berumur belum mencapai 55 tahun (Syarat fasa1)
  4. Permohonan boleh dilakukan sekali sahaja
  5. Permohonan yang telah lulus tidak boleh dibatalkan
  6. Ahli mempunyai baki amaun akaun 2 minimum RM3,000
  7. Memenuhi terma dan syarat yang ditetapkan oleh pihak bank
  8. Pengeluaran bersyarat maksimum RM50,000

PANDUAN CARA MOHON

Bagi ahli KWSP yang memerlukan dan berkelayakan, permohonan boleh dikemukakan secara online sepanjang tahun ini. Panduan cara mohon telah disediakan, sila layari laman web rasmi FSA2 KWSP – DI SINI

Buat masa ini bagi pengeluaran fasa 1, hanya terdapat dua (2) institusi perbankan yang terlibat dalam pembiayaan FSA2 KWSP ini seperti berikut :

  • MBSB
  • Bank Simpanan Nasional (BSN)

MAKLUMAT LANJUT

Kerajaan perpaduan pada tahun ini telah menawarkan pelbagai jenis kemudahan dan inisiatif berbentuk bantuan bagi membantu meringankan beban rakyat yang terjejas. Sila lihat senarai bantuan yang ada dan berkelayakan untuk dimohon – SEMAK DISINI untuk rujukan umum.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button