AidilfitriBANTUANRaya

Bantuan Khas Raya RM1000 : Akan Dibayar Pada 8 April 2024

Bantuan Khas Raya RM1000 akan mula dibayar kepada setiap penerima yang layak pada 8 April 2024 sebelum menyambut aidilfitri. Untuk makluman umum, inisiatif khas berbentuk bantuan tunai ini merupakan sebahagian insentif yang disalurkan pada bulan ini.

PEMBERIAN BANTUAN KHAS RAYA RM1000

Program pemberian bantuan atau bonus sempena perayaan aidilfitri amat penting bagi sesetengah individu dan isi rumah yang beragama islam. Perkara ini adalah dengan adanya insentif raya dapat menampung kos pembelanjaan bagi sambutan hari raya.

Pihak kerajaan negeri telah mengumumkan bahawa pemberian bantuan raya sebanyak sebulan gaji atau minimum RM1000 sempena perayaan. Program bantuan istimewa ini melibatkan implikasi peruntukan sekitar RM45 juta.

Selaku Menteri Besar Selangor iaitu Datuk Seri Amirudin Shari berkata, pemberian sumbangan sempena perayaan aidilfitri akan dikreditkan kepada penjawat awam. Insentif ini akan disalurkan secara berperingkat pada awal bulan hadapan (April) nanti.

TARIKH PEMBERIAN BANTUAN KHAS RAYA

Untuk pengetahuan umum, pembayaran bantuan kewangan khas aidilfitri bagi negeri Selangor ini akan mula diagihkan pada 8 April 2024 kepada semua para penjawat awam. Kaedah bayaran adalah secara pengkreditan ke dalam akaun bank.

Senarai penerima bantuan ini adalah seperti berikut :

  • Bantuan berjumlah sebulan gaji atau minimum RM1000 kepada semua penjawat awam negeri Selangor yang sedang berkhidmat di SUK.
  • Diperluaskan kepada penjawat awam kerajaan persekutuan yang berkhidmat di bawah SUK.

SENARAI BANTUAN KHAS RAYA NEGERI LAIN

Bagi makluman, kerajaan negeri-negeri lain seluruh negara juga telah mengumumkan pemberian bantuan sempena hari raya. Antaranya negeri Pulau Pinang menyalurkan bantuan BKKA sebanyak minimum RM1,200.

Kerajaan negeri PERAK dan Johor juga telah memaklumkan pemberian bantuan raya pada kadar yang telah ditetapkan. Untuk butiran lebih terperinci, kalian boleh rujuk di laman portal rasmi kerajaan negeri masing-masing.

MAKLUMAT LANJUT

Kerajaan perpaduan telah menyediakan lebih banyak jenis kemudahan serta inisiatif khususnya berbentuk bantuan kewangan bagi meringankan beban rakyat Malaysia yang memerlukan. Kepada yang terlepas pandang, sila lihat senarai insentif bantuan yang ada pada tahun ini dan layak untuk dimohon –¬†SEMAK DISINI untuk info lengkap.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button