AidilfitriBANTUANRaya

BKKA : Bantuan Raya Aidilfitri RM300 & RM1200 Telah Dikreditkan

BKKA : Bantuan Raya Aidilfitri berjumlah RM300 & RM1200 telahpun mula dikreditkan secara berperingkat kepada mereka yang terlibat. Untuk makluman, inisiatif khas berbentuk bantuan kewangan ini merupakan sebahagian insentif yang disalurkan pada bulan ini.

BKKA : BANTUAN RAYA AIDILFITRI 2024

Pihak kerajaan persekutuan dan negeri telah memperkenalkan pelbagai jenis bantuan sempena menyambut ramadhan dan syawal pada tahun ini. Salah satu insentif yang telah dikreditkan adalah Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri (BKKA).

Kerajaan negeri telah bersetuju untuk memberikan bantuan khas aidilfitri sebanyak setengah bulan gaji atau minimum RM1200. Peruntukan keseluruhan dianggarkan sekitar RM7.44 juta yang melibatkan semua penjawat awam negeri.

Perlaksanaan pemberian sumbangan istimewa ini adalah sebagai tanda penghargaan kerajaan negeri kepada seluruh anggota perkhidmatan awam Pulau Pinang. Bantuan bonus raya ini juga diperluaskan kepada pihak berkuasa tempatan (PBT), badan berkanun serta anak syarikat kerajaan negeri.

PENERIMA BANTUAN RAYA AIDILFITRI (BKKA)

Kadar nilai bantuan RM1200 dikreditkan kepada para penjawat awam secara one-off pada bulan ini. Manakala penyelia dan guru (KAFA), guru sekolah agama rakyat (SRAR) dan guru sekolah menengah (SMAR) turut akan menerima bantuan ini pada kadar RM300.

Jumlah bayaran yang sama juga dipanjangkan kepada kakitangan SRAR, SMAR serta sekolah agama bantuan kerajaan (SABK). Selain guru tahfiz pondok, tadika islam (TADIS) dan kakitangan sekolah persendirian cina negeri Pulau Pinang.

TARIKH BAYARAN BANTUAN RAYA DIKREDITKAN

Untuk makluman umum, tarikh rasmi pembayaran bantuan khas raya bagi negeri Pulau Pinang ini adalah pada 15 Mac 2024. Pengkreditan ke dalam akaun bank penerima dilakukan secara berperingkat sehingga selesai.

BANTUAN AIDILFITRI NEGERI-NEGERI LAIN

Pada pembentangan Belanjawan 2024 , pelbagai jenis program telah diperkenalkan oleh kerajaan untuk memberi manfaat kepada rakyat. Bagi pengetahuan umum, kerajaan negeri-negeri lain juga menyediakan bantuan sempena raya bagi mereka yang berstatus beragama islam dan memerlukan.

MAKLUMAT LANJUT

Terdapat lebih banyak jenis kemudahan dan inisiatif khususnya berbentuk bantuan tunai telah ditawarkan oleh kerajaan perpaduan bagi meringankan beban rakyat yang terjejas. Sila lihat senarai insentif bantuan yang ada pada tahun ini dan layak untuk dimohon – SEMAK DISINI sebagai rujukan umum.

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button