BANTUANBINGKASeWallet

BINGKAS 2023 : Bantuan Ewallet Bernilai RM300 Setiap Bulan

BINGKAS 2023 : Bantuan Ewallet bernilai RM300 diberikan setiap bulan ini adalah merupakan inisiatif yang ditawarkan pada tahun ini. Bagi pengetahuan umum, perlaksanaan program bantuan khas bulanan ini diteruskan pada tahun 2023.

BINGKAS 2023 : BANTUAN EWALLET RM300

Untuk makluman, pihak kerajaan negeri telah memperkenalkan sebuah inisiatif yang dikenali sebagai bantuan kehidupan sejahtera (BINGKAS) pada tahun sebelum ini. Atas dasar keprihatinan kerajaan bersetuju untuk melanjutkan pemberian ini bagi memberi manfaat kepada rakyat yang memerlukan.

Menerusi bantuan istimewa ini, mereka yang layak akan menerima bantuan ewallet berjumlah RM300 sebulan bersamaan RM3,600 setahun. Insentif tambahan ini boleh digunakan dengan membeli barangan keperluan asas rumah di pasaraya dan kedai runcit berdaftar.

Objektif utama program bantuan ini dilancarkan adalah bagi membantu meringankan beban serta mengiktiraf peranan penting ketua keluarga yang menyara sebuah keluarga. Program ini telah meluaskan capaian serta menambah baikan dari program (KISS) dan (KISS IT).

Dengan adanya inisiatif ini, bukan sahaja golongan ibu malah sebuah keluarga dapat manfaat bantuan setiap bulan bagi meringankan beban kewangan mereka. Peruntukan inisiatif BINGKAS ini menyasarkan sekitar 30 ribu isi rumah dengan kadar pemberian bantuan RM300 sebulan.

SYARAT PENDAFTARAN BANTUAN EWALLET BINGKAS 2023

Di bawah adalah senarai syarat kelayakan yang telah ditetapkan oleh pihak kerajaan bagi memohon bantuan khas RM300 ini seperti berikut :

  1. Terbuka kepada Warganegara Malaysia sahaja
  2. Keluarga yang mempunyai tanggungan berumur 18 tahun dan ke bawah
  3. Pendapatan bulanan semasa isi rumah tidak melebihi RM3,000 (B40)
  4. Lahir di Selangor atau telah menetap melebihi 10 tahun di negeri tersebut
  5. Merupakan pemilih berdaftar.

CARA MOHON BANTUAN EWALLET 2023

Bagi mereka yang berada dalam kategori berkelayakan dan memerlukan, permohonan boleh dikemukakan secara dalam talian. Panduan cara mohon telah disediakan, sila layari laman rasmi BINGKAS – DI SINI

Untuk kemudahan yang disediakan, anda juga boleh mendaftar permohonan melalui aplikasi Selangkah. Aplikasi tersebut boleh dimuat turun di App store telefon pintar secara percuma.

MAKLUMAT LANJUT

Terdapat pelbagai jenis kemudahan serta inisiatif berbentuk bantuan telah ditawarkan kerajaan bagi membantu meringankan beban kewangan rakyat yang terjejas. Sila lihat senarai bantuan yang ada dan layak untuk didapatkan – SEMAK DISINI sebagai rujukan umum.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button