BANTUANBKMTarikh Pembayaran

Kategori Yang Terima Bantuan Tambahan BKM RM 500

Untuk sedia maklum, Bantuan Keluarga Malaysia atau lebih sinonim dikenali sebagai BKM 2022 adalah merupakan sebuah bantuan berbentuk tunai yang telah diperkenal dan dilaksanakan oleh pihak Kerajaan yang lebih tertumpu kepada keluarga Malaysia yang memerlukan bagi membantu meringankan beban kos sar hidup serta menampung pembelanjaan pada tahun ini.

Melalui BKM, pihak Kerajaan telah bersetuju memberikan bantuan tambahan sebanyak RM 500 kepada penerima yang layak. Di bawah telah disediakan butiran maklumat berkenaan bantuan tambahan BKM 500.

Bantuan Tambahan BKM 2022

Jika anda terlepas pandang, terdapat bantuan tambahan BKM RM 500. Sekiranya anda penerima BKM 2022, anda boleh semak sekiranya anda layak menerima bantuan tambahan ini.

Syarat Kelayakan Bantuan Tambahan BKM

  • Merupakan penerima BKM kategori isi rumah yang berstatus Bapa atau ibu tunggal yang mempunyai tanggungan anak dan menepati syarat
  • Merupakan kategori isi rumah yang berstatus warga emas

Kadar Bantuan Yang Diterima

  • Jumlah amaun Bantuan Keluarga Malaysia BKM maksimum sebanyak RM 2,000.
  • Jumlah bayaran tambahan BKM adalah sebanyak RM 500.

Ini bermaksud kepada penerima yang layak bantuan tambahan BKM akan terima jumlah sebanyak RM 2,500. Ramai yang tidak tahu mereka adalah penerima bantuan tambahan BKM ini. Anda disarankan membuat semakan status seperti berikut.

Cara Semak Kelayakan BKM Tambahan

Di bawah telah disediakan panduan untuk membuat semakan kelayakan bkm tambahan seperti berikut :

  • Pertama sekali anda perlu layari Laman Rasmi BKM – DI SINI
  • Kemudian sila log masuk akaun anda
  • Tekan pada semakn status untuk semak status permohonan anda
  • Status permohonan dan jumlah bayaran yang telah diluluskan akan dipaparkan di skrin anda
  • Jumlah tambahan BKM RM 500 akan tertera
  • Jika tiada paparan BKM tambahan di skrin anda, ia bermaksud anda tidak layak menerima BKM tambahan.

Tarikh Bayaran BKM 2022

Pembayaran BKM telahpun mula disalurkan pada tarikh 28 Mac 2022 secara kredit berperingkat. Untuk maklumat semua, pembayaran BKM akan diberikan melalui 4 Fasa.

Maklumat Lanjut

Pada tahun 2022 terdapat pelbagai jenis bantuan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan bagi mereka yang memerlukan khususnya bantuan berbentuk kewangan. Jika anda terlepas pandang dan ingin semak senarai bantuan yang ada pada tahun ini yang berkelayakan untuk anda mohon selain BKM, sila ke Laman Utama yang telah disediakan – KLIK DI SINI

 

Related Articles

4 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button