BANTUANBLKMLesen Memandu

Inisiatif Skim Bantuan Lesen Memandu B2 Untuk Keluarga Malaysia

Tahukah anda, terdapat pelbagai inisiatif telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan pada tahun 2022 terutama melibatkan bantuan kewangan bagi membantu Keluarga Malaysia pada tahun ini.

Salah satu skim bantuan telah diperkenalkan oleh kerajaan pada tahun ini iaitu Program Bantuan Lesen Keluarga Malaysia (BLKM). Di halaman ini telah disediakan butiran maklumat ringkas berkenaan bantuan lesen memandu kelas B2 ini.

BANTUAN LESEN KELUARGA MALAYSIA

Melalui pihak Kementerian Pengangkutan Malaysia (KPM) dan dengan hasil kerjasama Jabatan Pengangkutan Jalanraya (JPJ) telah umumkan akan memperlaksanakan satu skim program iaitu bantuan Lesen Keluarga Malaysia. Program ini merupakan bantuan berbentuk lesen memandu untuk keluarga Malaysia yang kurang berkemampuan dan lebih memfokuskan golongan keluarga B40 serta individu yang berpendapatan rendah bagi membantu untuk memiliki Lesen Memandu kelas B2 pada tahun ini.

Untuk makluman, program bantuan BLKM ini merupakan satu skim program tangjungjawab Sosial Korporat (CSR) MOT melalui pihak JPJ yang sudah diperkenalkan oleh Perdana Menteri Malaysia iaitu Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob untuk tahun 2022.

KADAR BANTUAN BLKM

Melalui skim program BLKM ini, kepada penerima yang berkelayakan hanya akan dikenakan bayaran sebanyak RM 250 sahaja dan setiap penerima yang layak akan menghadiri kursus latihan memandu yang sangat singkat.

Untuk pengetahuan umum, bayaran yang dikenakan adalah jauh lebih murah berbanding kos bayaran sebenar yang dikenakan kepada individu biasa yang ingin memiliki lesen memandu kelas B2 iaitu dengan jumlah sebenar sebanyak RM 750 untuk setiap orang.

CARA MEMBUAT PERMOHONAN BLKM?

Kepada umum, sehingga kini masih belum ada lagi kenyataan rasmi berkenaan cara untuk membuat permohonan skim bantuan BLKM ini. Anda tidak perlu risau, pihak kami akan kemaskini maklumat berkenaan program BLKM ini dari semasa ke semasa. Untuk makluman, setakat ini, pemilihan calon yang akan menerima bantuan ini terdiri daripada senarai penerima eKasih.

Sekiranya anda ingin mengetahui butiran maklumat lebih terperinci berkenaan BLKM ini, anda boleh merujuk pada talian seperti dibawah :

  • Laman Rasmi – Jabatan Pengangkutan Jalanraya (JPJ)
  • E-mel – [email protected]
  • Nombor Telefon – 03 8000 8000
  • Media sosial Facebook – Jabatan Pengangkutan Jalanraya

MAKLUMAT LANJUT

Pada tahun 2022 selain daripada BLKM, terdapat lebih banyak inisiatif telah diumumkan oleh Kerajaan dan ada program yang telah dilaksanakan khususnya bantuan berbentuk tunai kepada rakyat yang memerlukan. Jika anda terlepas pandang dan ingin semak senarai bantuan yang ada pada tahun ini yang berkelayakan untuk anda mohon, sila ke Laman Utama yang telah disediakan – KLIK DI SINI

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button