Cara Tukar Kad ATM Online

Kemudahan Tukar Kad ATM Baru Secara Online Tanpa Perlu Hadir Ke Kaunter

Tahukah anda, terdapat satu kemudahan sekiranya anda ingin membuat tukaran Kad ATM yang baru tanpa perlu hadir ke kaunter bank, anda hanya perlu membuat secara online. D i halaman ini telah disediakan panduan mudah untuk anda membuat penukaran kad ATM  baru.

Butiran Panduan Tukar Kad ATM Baru Tahun 2022

Untuk sedia maklum, pihak Maybank telah menyediakan kemudahan perkhidmatan kepada ahli untuk menukar kad ATM Maybank. Kemudahan perkhidmatan tukaran Kad Maybank ini boleh dibuat secara online mudah dan ringkas tanpa perlu hadir ke mana-mana cawangan Maybank.

Penukaran kad ATM secara online ini terbuka kepada individu yang memegang kad ATM Maybank sahaja. Kepada ahli boleh membuat penukaran secara atas talian (Online) pada bila-bila masa (Masa tidak terhad). Pengecualian untuk penukaran kad ATM ini bagi kes seperti kehilangan kad atau terlupa kata laluan, sekiranya anda berada dalam kes sedemikian, anda perlu hadir ke mana-mana cawangan Maybank untuk urusan tersebut.

Ramai yang tertanya-tanya perkhidmatan tukar kad ATM ini mempunyai cas atau tidak. Untuk makluman, tiada sebarang cas bayaran perkhidmatan dikenakan untuk menukar kad ATM baru ini. Jika proses penukaran selesai, kad ATM yang baru akan dihantar terus ke alamat rumah yang telah diisi dalam borang pada tempoh masa 9 hari bekerja bagi dalam negara Malaysia. Manakala bagi pemohon ahli yang berada di luar negara akan mengambil masa lebih kurang 30 hari waktu bekerja untuk proses penghantaran kad Baru, anda disarankan untuk meletakan alamat dalam negara supaya proses penghantaran cepat dan selamat sampai.

Cara Tukar Kad ATM Baru Maybank Secara Online

  • Pertama, anda perlu layari Laman Rasmi Maybank2u –DI SINI
  • Kemudian sila log masuk akaun anda
  • Klik pada butang Setting (Tetapan) dan pergi ke bahagian “Cards”
  • Seterusnya pilih “Debit Cards” dan pergi ke bahagian “Replace, Block & Activated”
  • Tekan pada 3 titik yang tertera
  • Sila isi maklumat yang diperlukan pada ruangan yang telah disediakan (Alamat penuh rumah yang duduk sekarang) dan tekan “Replace Cards”
  • Kemudian sila request SMS TAC dan isi di ruangan yang telah disediakan
  • Selesai

Peringantan : Permohonan anda sedang diproses dan anda hanya perlu tunggu kad ATM baru sampai ke tempat anda (Berdasarkan alamat yang anda isi pada borang)

Jika anda mempunyai permasalahan semasa proses membuat penukaran kad, Sila layari Portal Rasmi Mayban2u untuk semakan lebih terperinci.

Maklumat Lanjut

Pada tahun 2022 terdapat pelbagai inisiatif telah diperkenalkan oleh Pihak Kerajaan bagi membantu keluarga Malaysia yang memerlukan khususnya bantuan berbentuk kewangan. Jika anda terlepas pandang dan ingin semak senarai bantuan yang ada pada tahun ini yang berkelayakan untuk anda mohon, sila ke Laman Utama yang telah disediakan – KLIK DI SINI

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button