Cara Tukar Kad ATM Online

Panduan Mudah Menukar Kad ATM Baru Secara Online Tanpa Sebarang Caj

Pada tahun ini, terdapat cara mudah untuk anda menukar kad ATM Maybank anda kepada yang baru. Pihak Maybank telah menyediakan perkhidmatan untuk ahli menukar kad ATM Maybank “Debit Kad” secara online (Atas talian) tanpa ahli perlu hadir ke mana-mana cawangan Maybank seluruh Malaysia.

Kemudahan Penukaran Kad ATM Baru

Objektif utama bagi penukaran kad ATM Maybank secara online ini bagi memudahkan kepada rakyat bagi memudahkan proses dan menjimatkan waktu urusan. Penukaran Kad ATM secara online ini terbuka kepada semua pemegang kad ATM Maybank, anda boleh membuat penukaran kad baru secara online pada bila-bila masa kecuali kepada bagi kes seperti terlupa kata laluan nombor PIN dan kehilangan kad.

Jika kes seperti ini, penukaran kad ATM baru hanya boleh dibuat melalui secara terus di cawangan Maybank yang berdekatan. Yang lagi penting, tiada sebarang caj bayaran dikenakan dan kad ATM yang baru akan dihantar terus ke alamat rumah yang telah dinyatakan dalam borang dalam tempoh masa 9 hari waktu bekerja bagi seluruh Malaysia. Manakala untuk pemohon berada di luar negara akan mengambil masa 30 hari waktu bekerja untuk proses penghantaran.

Panduan Mudah Tukar Kad ATM Maybank Secara Online

Disini telah disediakan panduan untuk anda cara mudah tukar Kad ATM Maybank secara Online seperti berikut :

  • Langkah pertama, sila layari laman web rasmi Maybank2u – DI SINI
  • Log masuk akaun anda
  • Kemudian klik “setting” dan pergi ke bahagian “Cards”
  • Pilih “Debit Cards” dan pergi ke ruangan “Replace, Block & Activated”
  • Seterusnya klik pada “Tiga titik” yang tertera
  • Klik pada “Replace Card”
  • Sila isi maklumat alamat penuh tempat tinggal anda dan klik “Replace Card”
  • Tekan request SMS TAC dan sila isi di ruangan yang disediakan
  • Selesai
  • Permohonan anda sedang diproses dan hanya perlu tunggu kad ATM yang baru untuk sampai di tempat tinggal anda – Berdasarkan alamat yang anda isi dalam permohonan.

Maklumat Lanjut

Pada tahun 2022, terdapat pelbagai inisiatif dari kerajaan bagi golongan rakyat yang memerlukan bantuan khususnya berbentuk kewangan. Jika anda ingin membuat semakan senarai bantuan yang ada pada tahun 2022 yang berkelayakan untuk anda terima, sila ke Laman Utama yang telah disediakan – KLIK DISINI

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button