Cara Tukar Kad ATM Online

Panduan Tukar Kad ATM Baru Tanpa Perlu Beratur Panjang

Panduan tukar kad atm baru tanpa perlu hadir ke kaunter. Di halaman ini dikongsikan cara mudah untuk pemegang kad bank Maybank untuk menukar kad yang baru secara online tanpa perlu bersesak di cawangan bank.

PANDUAN TUKAR KAD ATM MAYBANK

Untuk makluman umum, pihak Maybank telah menyediakan kemudahan penukaran kad atm baru secara atas talian. Semua pemegang kad boleh membuat permohonan penukaran secara atas talian kecuali kes terlupa nombor pin atau kehilangan kad. Untuk sebab diatas, anda perlu hadir di mana-mana cawangan Maybank berhampiran.

Bagi permohonan penukaran kad atm Maybank, proses yang singkat dijalankan dan penghantaran kad baru dibuat secara pos ke alamat rumah anda.

CARA TUKAR KAD ATM MAYBANK

Untuk menukar kad atm Maybank baru, sila ikut langkah-langkah yang telah disediakan seperti berikut:

  • Langkah pertama, anda perlu log masuk Maybank2u – DI SINI
  • Kemudian pergi ke bahagian ‘tetapan’
  • Pilih ‘Cards’
  • Di bahagian ‘Manage Debit Cards’ tekan ‘Replace Card’
  • Sila masukkan alamat rumah terkini anda
  • Tekan butang Request TAC dan masukkan di ruangan di telefon anda bagi pengesahan penukaran kad tersebut
  • Selesai, proses penukaran kad anda dijalankan.

Untuk makluman, tiada sebarang caj perkhimatan dikenakan dan kad baru akan di pos dalam tempoh sekurang-kurangnya 3 hari waktu bekerja.

Bagi kategori kad debit Maybank anda sudah tamat tempoh, anda boleh membuat kad baru melalui kiosk Maybank berdekatan anda.

MAKLUMAT LANJUT

Selain dari kemudahan tukar kad baru ini, anda boleh semak pelbagai kemudahan yang disediakan pada tahun ini terutama inisiatif daripada pihak kerajaan. Untuk semakan, sila ke laman utama yang telah disediakan – SEMAK SINI

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button