Cara Tukar Kad ATM Online

Panduan Mudah Tukar Kad ATM Maybank Secara Online Tanpa Perlu Hadir Ke Kaunter

Ramai yang telepas pandang, terdapat cara mudah untuk anda menukar kad ATM Maybank. Untuk makluman umum, pihak Maybanktelah menyediakan perkhidmatan untuk anda menukar kad ATM Maybank (Debit Kad) secara atas talian tanpa perlu hadir ke mana-mana cawangan Maybank.

Kepada semua pemegang kad ATM Maybank boleh membuat permohonan penukaran kad secara online kecuali bagi kes seperti Kehilangan kad atau terlupa kata laluan nombor PIN.

Tujuan penukaran kad ATM Maybank secara online ini bagi memudahkan kepada ahli bagi memudahkan proses dan menjimatkan waktu. Untuk makluman, tiada sebarang bayaran dikenakan dan kad baru akan dihantar terus ke alamat rumah yang ada nyatakan dalam borang dalam tempoh masa 9 hari waktu bekerja bagi seluruh Malaysia dan 30 hari waktu bekerja bagi di luar Malaysia dari tarikh permohonan penukaran Kad ATM Maybank dilakukan.

Panduan Mudah Tukar Kad ATM Maybank Secara Atas Talian

Di bawah telah disediakan cara mudah untuk ahli membuat penukaran kad ATM secara online seperti berikut :

  1. Sila layari Portal Rasmi Maybank2u – DI SINI
  2. Kemudian log masuk akaun anda
  3. Tekan ”Setting” dan pergi ke bahagian ”Cards”
  4. Selepas itu pilih ”Debit Cards” dan pergi ke bahagian ”Replace, Activate & Block”
  5. Kemudian tekan pada ”Tiga titik” yang tertera
  6. Tekan ”Replace Card”
  7. Sila isi maklumat alamat penuh tempat kediaman dan tekan ”Replace Card”
  8. Akhir, klik request SMS TAC dan sila isi di ruangan yang telah disediakan

Nota : Permohonan anda akan diproses dan hanya perlu tunggu kad untuk sampai di kediaman rumah anda (berdasarkan alamat yang anda isi di atas)

Maklumat Lanjut

Jika anda ada sebarang pertanyaan atau mempunyai permasalahan dalam proses membuat penukaran kad, sila layari laman sesawang rasmi Maybank2u untuk maklumat lanjut.

Informasi Tambahan

Pada tahun 2022 terdapat pelbagai inisiatif dari pihak kerajaan bagi rakyat yang memerlukan khususnya bantuan berbentuk kewangan. Jika anda terlepas pandang dan ingin membuat semakan senarai bantuan yang ada yang berkelayakan untuk anda membuat sebarang permohonan, sila ke laman utama yang telah disediakan –  KLIK DISINI

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button