KWSPPengeluaran Khas

Pengeluaran Khas KWSP Sebahagian Yang Diluluskan ~ Semak Sekarang

Terdapat 11 jenis pengeluaran khas KWSP sebahagian yang dibenarkan pada tahun ini. Anda tidak perlu menunggu pengumuman dari pihak kerajaan mahupun KWSP seperti pengeluaran khas i-citra, i-lestari, i-ceria dan pengeluaran khas 2.0.

Sebagai ahli KWSP, layak untuk memohon pengeluaran khas KWSP dari akaun 1 dan 2 selagi menepati terma dan syarat yang telah ditetapkan oleh pihak KWSP.

Bagi memudahkan ahli KWSP untuk membuat persediaan persaraan yang lebih terjamin, pihak kwsp telah membenarkan 2 kategori pengeluaran khas iaitu secara sebahagian dan penuh selari dengan polisi KWSP.

Di ruangan ini dikongsikan makluman mengenai 11 jenis pengeluaran khas KWSP Sebahagian yang diluluskan oleh pihak KWSP pada tahun ini. Untuk semakan pelbagai kemudahan dan inisiatif yang telah disediakan oleh pihak kerajaan, sila semak – DI SINI

11 JENIS PENGELUARAN KHAS SEBAHAGIAN KWSP

Berikut adalah jenis pengeluaran sebahagian yang telah dibenarkan. Sila semak kriteria dan syarat kelayakan.

1> Pengeluaran untuk membina rumah sendiri

Syarat kelayakan

  • Warganegara / bukan warganegara boleh memohon
  • Ahli yang ingin memohon wajib mempunyai sekurang-kurangnya RM 500 di dalam akaun 2
  • Ahli berumur di bawah 50 Tahun
  • Mempunyai tapak tanah untuk membina rumah
  • Pembiayaan pinjaman perlu diluluskan oleh pemberi pinjaman yang dibenarkan
  • Ahli tidak pernah membuat pengeluaran perumahan

2> Pengeluaran berumur 50 tahun

Syarat kelayakan

  • Warganegara / bukan warganegara boleh memohon
  • Memiliki simpanan secukupnya wang KWSP
  • Ahli berumur 50 – 55 tahun

3> Pengeluaran perumahan fleksibel

Syarat kelayakan

  • Warganegara atau penduduk tetap
  • Pinjaman perumahan dengan institusi kewangan yang telah diiktiraf
  • Ahli berumur 54 tahun dan kebawah
  • Membeli atau membina rumah sendiri

4> Pengeluaran pendidikan

Syarat kelayakan

  • Warganegara atau Bukan Warganegara boleh mohon
  • Berumur 55 tahun ke bawah
  • Mempunyai simpanan dalam Akaun 2
  • Ahli masih menyambung ATAU telah menamatkan pengajian di peringkat diploma atau setaraf

5> Pengeluaran kesihatan

Syarat kelayakan

  • Warganegara atau Bukan Warganegara boleh memohon
  • Berumur 55 tahun ke bawah
  • Mempunyai simpanan dalam Akaun 2
  • Ahli tidak menerima kemudahan alternatif lain
  • Kos perubatan tidak dibiayai sepenuhnya oleh majikan
  • Penyakit atau Peralatan bantuan kesihatan yang diluluskan oleh KWSP

6> Pengeluaran rumah PR1MA

Syarat kelayakan

  • Terbuka untuk Warganegara sahaja
  • Ahli berumur 55 tahun ke bawah
  • Ahli adalah pembeli rumah PR1MA
  • Ahli mendapat pinjaman perumahan melalui Skim Pembiayaan Fleksibel PR1MA (SPEF)
  • Pemohon tidak pernah membuat Pengeluaran Perumahan ATAU Telah membuat Pengeluaran Perumahan tetapi telah menjual dan melepaskan hak milik harta tersebut.

7> Pengeluaran untuk menyelesaikan baki pinjaman rumah

Syarat kelayakan

  • Warganegara atau Bukan Warganegara boleh mohon
  • Ahli di bawah umur 55 tahun
  • Mempunyai sekurang-kurangnya RM500 dalam Akaun 2
  • Ahli telah membeli atau membina rumah kediaman

8> Pengeluaran Beli rumah

Syarat kelayakan

  • Warganegara atau Bukan Warganegara boleh mohon
  • Berumur 55 tahun ke bawah
  • Mempunyai sekurang-kurangnya RM500 dalam Akaun 2
  • Ahli membeli rumah kediaman
  • Pinjaman hendaklah diluluskan dari pemberi pinjaman yang dibenarkan dan pembiayaan sendiri

9> Simpanan KWSP melebihi 1 juta

Syarat kelayakan

  • Terbuka kepada warganegara dan bukan warganegara
  • Ahli berumur di bawah 55 tahun
  • Simpanan di dalam akaun melebihi 1 juta

10> Pengeluaran untuk ibadah haji

Syarat kelayakan

  • Warganegara sahaja
  • Ahli berumur 55 tahun kebawah
  • Tidak pernah memohon pengeluaran ini sebelumnya
  • Simpanan di Tabung haji tidak mencukupi

11> Pengeluaran untuk ansuran bulanan pinjaman rumah

Syarat kelayakan

  • Terbuka kepada warganegara dan bukan warganegara
  • Mempunyai RM 600 sekurangnya di dalam akaun 2
  • Ahli berumur 55 tahun dan kebawah
  • Ahli ingin atau telah membeli rumah atau membina rumah

PANDUAN CARA MOHON PENGELUARAN KWSP SEBAHAGIAN

Untuk sebarang pengeluaran sebahagian KWSP, anda boleh mohon dengan mudah secara online melalui e-pengeluaran KWSP. Langkah pertama, anda wajib daftar i-akaun KWSP – DI SINI sebelum mengguna e-pengeluaran.

Untuk sebarang persoalan atau maklumat lebih terperinci mengenai pengeluaran khas sebahagian KWSP. Anda boleh layari portal rasmi KWSP – DI SINI atau hubungi talian khas KWSP di 03-8922 6000 atau Faks 03-8922 6222.

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button