Cara Tukar Kad ATM Online

Program Kemudahan Penukaran Kad ATM Baru Secara Online

Untuk makluman umum, mengikut statistik data masih ramai yang terlepas pandang berkenaan kemudahan yang boleh anda lakukan jika ingin membuat penukaran kad ATM baru tanpa perlu hadir ke kaunter dapat mengelak kesesakan dan jimat masa atau lebih jelas anda hanya perlu membuat secara atas talian (Online).

Pihak Maybank telah menyediakan perkhidmatan kemudahan untuk ahli menukar kad ATM Maybank – Debit Kad. Perkhidmatan menukar kad ATM ini boleh dibuat secara online tanpa perlu hadir ke cawangan Maybank di seluruh negara, mudah kan.

Menukar Kad ATM Baru

Kepada yang ingin membuat penukaran Kad ATM baru secara online ini ia terbuka kepada semua pemegang kad ATM Maybank sahaja. Kepada ahli boleh membuat penukaran secara online pada bila-bila masa. Pengecualian untuk menukar kad ATM baru ini bagi kes seperti terlupa kata laluan PIN atau kehilangan kad. Jika anda dalam kes tersebut, anda disyorkan hadir ke mana-mana cawangan Maybank berdekatan untuk urusan seterusnya.

Kemudahan perkhidmatan menukar kad ATM secara online ini telah diperkenalkan adalah bagi tujuan memudahkan kepada ahli / masyarakat bagi memudahkan proses dan menjimatkan waktu urusan.

Lebih menggembirakan kepada ahli, tiada sebarang caj bayaran perkhidmatan dikenakan untuk penukaran kad ATM baru dan kad yang baru akan dihantar terus ke alamat rumah yang telah anda sertakan didalam borang dalam tempoh masa 9 hari waktu bekerja bagi dalam Malaysia.

Manakala bagi pemohon ahli yang berada di luar negara, penghantaran akan mengambil masa lebih kurang 30 hari waktu bekerja untuk proses penghantaran Kad baru. Sekiranya anda berada di luar negara, anda disarankan meletakan alamat di dalam negara supaya penghantaran lebih cepat.

Cara Tukar Kad ATM Secara Online

  1. Sila layari Laman Rasmi Maybank2u – DI SINI
  2. Kemudian sila Log Masuk akaun anda
  3. Tekan butang “Seting / tetapan” dan pergo ke bahagian “Cards”
  4. Seterusnya pilih “Debit cards” dan pergi ke bahagian “Replace, Block & Activated”
  5. Tekan pada “3 Titik” tertera
  6. Tekan “Replace Cards”
  7. Sila isi maklumay yang diperlukan – Alamat penuh kediaman
  8. Kemudian tekan “Replace Cards”
  9. Sila request SMS TAC dan isi pada ruangan yang disediakan
  10. Selesai.

Mudah kan? Permohonan anda sedang diproses dan anda hanya perlu tunggu Kad ATM yang baru untuk sampai ke alamat anda, berdasarkan alamat yang anda isi dalam borang.

Jika anda mempunyai permasalahan semasa proses membuat penukara kad ATM baru, sila layari laman rasmi Maybank2u untuk rujukan lebih terperinci.

Maklumat Lanjut

Sekiranya anda terlepas pandang, pada tahun 2022 terdapat pelbagai jenis bantuan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan bagi membantu keluarga Malaysia yang memerlukan khususnya bantuan berbentuk tunai. Jika anda ingin semak senarai bantuan yang ada pada tahun ini yang berkelayakan untuk anda mohon, sila ke Laman Utama yang telah disediakan – KLIK DI SINI

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button