BANTUANFasa 1MySTRMySTR 2024

MySTR 2024 : Kategori Penerima Bayaran Bantuan Tunai Fasa 1

MySTR 2024 : Kategori Penerima bayaran bantuan tunai STR bagi fasa pertama (1) telah dimaklumkan oleh kerajaan baru-baru ini. Untuk makluman, inisiatif berbentuk bantuan kewangan ini secara rasmi akan terus dilaksanakan pada tahun hadapan.

MYSTR 2024 : KATEGORI PENERIMA FASA 1

Pemberian bantuan khas Sumbangan Tunai Rahmah (STR) akan diteruskan dan bayaran diberikan secara berperingkat. Apa yang menarik adalah jumlah bantuan telah dinaikkan kepada RM3,700 berbanding RM3,100 tahun 2023.

Bagi pengetahuan umum, pembayaran fasa pertama bantuan tunai STR akan mula diagihkan sebelum menyambut bulan puasa iaitu Februari 2024. Kategori penerima fasa pertama yang terlibat adalah isi rumah B40 & M40, warga emas serta bujang.

Kerajaan juga telah memaklumkan bahawa bayaran bagi fasa pertama akan dikreditkan RM500 maksimum kepada kategori isi rumah. Manakalah bujang dan warga emas masing-masing akan menerima bayaran RM150.

KADAR BAYARAN MYSTR 2024 MENGIKUT KATEGORI

Perdana Menteri iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim telah memaklumkan bahawa jumlah bayaran STR tahun hadapan adalah berbeza mengikut kategori. Di bawah telah dikongsikan maklumat berapa jumlah yang akan diterima mengikut kelayakan seperti berikut.

KATEGORI BELIA BUJANG & WARGA EMAS BUJANG

  • Bujang : RM350
  • Warga emas : RM600

KATEGORI ISI RUMAH (PENDAPATAN RM5,000 SEBULAN)

  • Tiada anak (0) : RM500
  • Mempunyai bilangan anak (1-2) : RM750
  • Mempunyai bilangan anak (3-4) : RM1,000
  • Mempunyai bilangan anak (5 keatas) : RM1,250

ISI RUMAH (PENDAPATAN RM2,500 SEBULAN)

  • Tiada anak (0) : RM1,000
  • Mempunyai bilangan anak (1-2) : RM1,500
  • Mempunyai bilangan anak (3-4) : RM2,000
  • Mempunyai bilangan anak (5 keatas) : RM2,500

STR TAMBAHAN (SUMBANGAN ASAS RAHMAH)

Kepada penerima STR sedia ada, mereka yang berada dalam kategori isi rumah miskin tegar akan menerima isentif tambahan RM1,200. Manakala kategori isi rumah, bujang dan warga emas yang bukan dari miskin tegar juga akan menerima insentif tambahan pada kadar RM150 dan RM300.

DAFTAR & KEMASKINI MYSTR 2024

Bermula 1 November lalu, seluruh rakyat Malaysia sudah boleh membuat pendaftaran baru dan kemaskini maklumat terkini secara online. Panduan lengkap telah disediakan, sila layari laman rasmi MySTR – DI SINI

MAKLUMAT LANJUT

Kerajaan perpaduan telah melancarkan lebih banyak kemudahan dan inisiatif berbentuk bantuan bagi membantu meringankan beban rakyat yang terjejas. Sila lihat senarai insentif bantuan yang ada dan layak untuk didapatkan – SEMAK DISINI untuk info maklumat lengkap.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button