Cara Tukar Kad ATM Online

Informasi : Panduan Tukar Dan Dapatkan Kad ATM Baharu Secara Online

Mengikut statistik data, masih ramai yang terlepas pandang berkenaan kemudahan yang boleh anda lakukan sekirannya ingin membuat tukaran Kad ATM baru tanpa perlu hadir ke kaunter atau lebih jelas, anda hanya perlu membuat secara online.

Pihak Bank MayBank telah sediakan perkhidmatan kemudahan untuk ahli menukar kad ATM Maybank (Debit Kad). Perkhidmatan menukar Kada ATM ini boleh dibuat secara atas talian (Online) tanpa perlu hadir ke mana-mana cawangan Maybank di seluruh negara.

Butiran Panduan Tukar Kad ATM Baru

Bagi penukaran kad ATM secara atas talian ini terbuka kepada semua pemegang kad ATM Maybank sahaja, ahli boleh membuat penukaran secara atas talian / online pada bila-bila masa sahaja. Pengecualian untuk tukar kad ATM ini bagi kes seperti terlupa kata laluan PIN atau kehilangan Kad, Jika anda berada dalam kes tersebut anda disarankan hadir di mana-mana cawangan maybank untuk urusan berikut.

Kemudahan perkhidmatan penukaran kad ATM secara online ini diperkenalkan adalah bagi tujuan memudahkan kepada rakyat / ahli menjimatkan waktu dan memudahkan proses urusan.

Untuk makluman, tiada sebarang caj bayaran perkhidmatan dikenakan untuk penukaran kad ATM baru ini dan kad ATM yang baru akan dihantar terus ke alamat rumah yabg telah di isi di dalam borang dalam tempoh masa9 hari waktu bekerja bagi seluruh Malaysia. Manakala bagi pemohonan ahli yang berada di luar negara akan mengambil masa lebih kurang 30 hari waktu bekerjauntuk proses penghantaran Kad.

Panduan Cara Tukar Kad ATM Maybank – Online

Di bawah telah disediakan panduan untuk tukar kad ATM Maybank secara online seperti berikut :

  • Langkah pertama, anda perlu layari portal rasmi Maybank2u –DI SINI
  • Sila log masuk akaun anda
  • Seterusnya tekan butang “Setting” dan pergi ke bahagian “Cards”
  • Kemudian pilih “Debit Cards” dan pergi ke tempat “Replace, block & Activated”
  • Klik pada “3 titik” yang tertera
  • Klik “Replace Cards”
  • Kemudian sila isi maklumat yang diperlukan (Alamat penuh kediaman) dan klik “Replace Cards”
  • Sila request SMS TAC dan isi di ruangan yang telah disediakan
  • Selesai, mudahkan?

Maklumat : Permohonan anda sedang diproses dan hanya perlu tunggu Kad ATM yang baharu untuk sampai ke tempat kediaman anda – Berdasarkan alamat yang anda isi di dalam borang.

Sekiranya anda mempunyai masalah semasa proses membuat penukaran Kad ATM ini, sila layari Laman rasmi Maybank2u untuk rujukan lebih lanjut.

Maklumat Lanjut

Pada waktu sehingga hari ini terdapat pelbagai kemudahan inisiatif telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan khususnya bantuan berbentuk kewangan untuk membantu mereka yang memerlukan. Jika anda terlepas pandang dan ingin semak senarai bantuan yang ada pada tahun ini yang berkelayakan untuk anda mohon, sila ke Laman Utama yang telah disediakan – KLIK DI SINI

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button