ePengeluaranKWSPPengeluaran Bersyarat

Epengeluaran Simpanan KWSP : Dibenarkan Kepada Memerlukan

Epengeluaran Simpanan KWSP melalui akaun 1 dan akaun 2 dibenarkan dan boleh dilakukan oleh pencarum yang berkelayakan memerlukan. Pelbagai inisiatif kemudahan telah disediakan oleh KWSP bagi membantu ahli pada tahun ini.

EPENGELUARAN SIMPANAN KWSP

Ada yang terlepas pandang bahawa sebenarnya mereka boleh membuat pengeluaran wang simpanan KWSP sebelum persaraan. Kumpulan Wang Simpanan Pekerja telah menyediakan kemudahan dimana ahli boleh mengeluarkan wang mereka selagi menepati syarat yang ditetapkan.

Pencarum/ ahli KWSP boleh keluarkan wang simpanan dalam akaun 1 dan akaun 2 untuk tujuan peribadi tertentu. Pengeluaran secara sebahagian dan sepenuhnya boleh dilakukan pada tahun ini melalui epengeluaran.

KELAYAKAN ASAS EPENGELUARAN KWSP

Terdapat beberapa kriteria syarat kelayakan yang telah ditetapkan bagi melakukan epengeluaran KWSP seperti berikut :

  1. Ahli KWSP (Pencarum)
  2. Warganegara Malaysia dan Penduduk tetap
  3. Menepati syarat kelayakan mengikut syarat pengeluaran semasa
  4. Permohonan pengeluaran tidak melebihi jumlah amaun pengeluaran maksimum
  5. Bayaran secara pengkreditan terus ke dalam akaun semasa/ simpanan bank ahli atau rakan strategik KWSP

JENIS EPENGELUARAN SIMPANAN KWSP YANG DIBENARKAN

Pihak KWSP telah menetapkan jenis-jenis pengeluaran yang boleh dilakukan untuk tujuan peribadi tersedia seperti di bawah.

PENGELUARAN PRA-PERSARAAN

  • Perumahan (Beli rumah, bina rumah, ansuran bulanan pinjaman perumahan dan menyelesaikan baki pinjaman perumahan)
  • Pendidikan
  • Kesihatan
  • Umur 50 tahun
  • Simpanan melebihi amaun 1 juta

PENGELUARAN PERSARAAN

  • Umur 55 tahun
  • Umur 60 tahun
  • Dividen tahunan

CARA DAFTAR PERMOHONAN EPENGELUARAN

Untuk makluman, permohonan epengeluaran KWSP boleh dikemukakan pada bila-bila masa sepanjang tahun ini secara online. Cara daftar permohonan telah disediakan, sila layari laman rasmi epengeluaran KWSP – DI SINI

Enam (6) langkah mudah lakukan epengeluaran melalui i-akaun seperti berikut :

  1. Log masuk – Daftar/ Log masuk i-akaun
  2. E-pengesahan identiti
  3. E-permohonan
  4. E-pemprosesan dan kelulusan
  5. E-bayaran
  6. E-komunikasi

Nota : Ahli akan menerima makluman melalui SMS dan peti inbox i-akaun bagi pengecaman dan penghantaran dokumen jika perlu serta notifikasi SMS status bayaran.

MAKLUMAT LANJUT

Pada tahun ini terdapat lebih banyak kemudahan serta inisiatif berbentuk bantuan yang telah disediakan oleh kerajaan bagi meringankan beban rakyat yang terjejas. Sila lihat senarai insentif yang ada da layak untuk didapatkan – SEMAK DISINI untuk info lengkap maklumat.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button