BANTUANMAC

Senarai Bantuan Kewangan Bulan Mac 2022

Untuk makluman semua, pada bulan Mac terdapat perlaksanaan beberapa Bantuan khususnya berbentuk kewangan kepada rakyat. Di sini telah disediakan senarai bantuan yang akan diagihkan pada bulan ini (Mac) 2022. Jika anda terlepas pandang atau untuk buat sebagai rujukan, berikut telah disediakan senarai bantuan kewangan pada bulan Mac 2022 :

1)Bantuan Kewangan BPTAR – RM 300

Bantuan berbentuk kewangan BPTAR atau dikenali sebagai Bantuan Pelajaran Tunku Abdul Rahman ialah bantuan khusus kepada para pelajar yang berasal dari golongan keluarga yang berpendapatan rendah atau sederhana dan kurang berkemampuan meliputi kos pembelanjaan untuk 2 semester bersamaan 10 bulan. Bantuan ini diberikan kepada pelajar sepenuh masa program Ijazah Sarjana Muda dari mana-mana Universiti Awam di dalam negara Malaysia.

Syarat Kelayakan BPTAR
  • Wajib berstatus Warganegara Malaysia yang sah
  • Merupakan pelajar yang belatar belakang keluarga B40 dengan pendapatan isi rumah di bawah RM 4,000 sebulan
  • Merupakan pelajar yang berdaftar sepenuh masa dalam sebarang pengajian ijazah sarjana mudah di mana-mana IPTA di dalam negara Malaysia

Bagi makluman, permohonan bantuan ini masih dibuka sehingga tarikh tutup pada tanggal 31 Mac 2022.

2)Pembayaran Bantuan Keluarga Malaysia (BKM 2022) Fasa 1

Pada bulan Mac ini juga, Pembayaran BKM semua kategori mula diagihkan (Fasa 1) jumlah pembayaran bergantung kategori yang telah ditetapkan, anda boleh menyemak status BKM anda di Portal Rasmi dan di bawah telah disediakan jadual pembayaran dari fasa 1 hingga fasa 4 BKM 2022 :

  • Mac 2022 – Fasa 1
  • Jun 2022 – Fasa 2
  • September 2022 – Fasa 3
  • Disember 2022 – Fasa 4

Kaedah pembayaran BKM akan diagihkan dalm beberapa cara mengikut ketetapan semasa permohonan dibuat seperti berikut :

  1. Pembayaran secara kredit ke akaun bank semasa sedia ada dalam pengkalan data BKC / BPR , jika tiada sebarang pengemaskinian dibuat oleh penerima
  2. Pembayaran secara kredit ke akaun bank terbaru yang telah didaftarkan dalam tempoh kemaskini BKM
  3. Pembayaran secara tuntutan tunai di mana-mana cawanga Bank Simpanan Nasional (BSN) bagi penerima yang tiada akaun bank dan yang berstatus Gagal Kredit
3)Bantuan  Kewangan YBR – RM 1,000

Bantuan Awal Pengajian telah diperkenalkan melalui Pihak Yayasan Bank Rakyat atau lebih dikenali sebagai YBR. Ini adalah satu bentuk Program bagi membantu para pelajar yang mahu melanjutkan pengajian mereka ke peringkat yang lebih tinggi (IPTA atau IPTS) yang memerlukan bantuan awal.

Untuk makluman, bantuan ini diberikan secara ‘0ne-off’ yang mana, ia hanya diberikan sekali sahaja kepada pemohon / pelajar yang layak menerima. Di bawah telah disediakan kriteria kelayakan yang perlu dipenuhi oleh pemohon / pelajar

Syarat Kelayakan 
  • Pendapatan Isi Rumah di bawah RM 3,000 sahaja yang layak memohon dan akan dipertimbangkan
  • Pemohon berusia tidak kurang dari 18 tahun semasa permohonan dibuat
  • Sediakan surat tawaran daripada mana-mana Institusi Pengajian Tinggi Tempatan
  • Pemohon diwajibkan mempunyai Akaun Bank Rakyak sebelum membuat sebarang permohonan

Jika anda ingin mengetahui lebih lanjut berkenaan Bantuan YBR ini, sila ke Pautan Rasmi – DI SINI

Maklumat Lanjut

Jika anda ingin mengetahui berkenaan senarai bantuan yang ada pada tahun 2022, Sila ke Laman Utama yang telah disediakan bagi anda membuat semakan senarai bantuan yang berkelayakan untuk anda membuat sebarang permohonan – KLIK DISINI

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button